Tuesday, May 11, 2010

kelalaian diriku~

Dulu, ana memohon agar ALLAH swt murahkan rezeki ana dengan memberikan ana sebarang pekerjaan supaya dapat meringankan beban ibu bapa . Tapi dalam tidak sedar, makin lama, ana makin lalai.! Makin jauh dengannya iaitu penciptaku yang satu, ALLAH swt. Kerap menyibukkan diri dengan kerja, kerja, dan kerja. Jika tiada kerja, terus melalaikan diri dengan membuat kerja2 yang tidak berfaedah. “ Sibuk sgt ke sampai tiada masa membaca ayat2 suci al-Quran? Sibuk sgt ke sampai tiada masa berzikir? Sibuk sgt ke sampai tiada masa memikirkan sedikit pun tentang PenciptaMu?”




“Betapa lalainya aku YA ALLAH, hanya dengan sedikit rezeki dan nikmat yang kau berikan padaku”


ALLAH swt menyayangi hambanya. ALLAH swt memakbulkan doa hambanya. Tapi inikah balasannya dari hamba-hamba yang dahulunya meminta, merayu, memohon meminta pertolongan dariMu?

Hanya dengan sedikit nikmat kau berikan,, kami terus leka dan lalai..



Semalam, ana tgk cerita MAUT. Boleh tahan la cerita tu. Lebih2 lagi bila tgk seorang wanita yang diazab di neraka akibat tidak menutupi auratnya. Memang betul2 menginsafkan diri ana yang makin lalai ini.



“ Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau maha Pengampun, amat cinta memberi keampunan, maka ampunilah aku”

2 comments:

SITI said...

sahabat..
segala kelalaian, keterlanjuran dosa dan keterlaluan hidup sebenarnya menyedarkan kita akn hakikat dunia...
mungkn kita lalai, mgkn kita lupa akn pencipta namun, slagi nafas ada pintu taubat buat hambaNYA tidak penah tutup...
apa yg pnting sedar dr klalaian dn ktrlanjuran dosa...
bkn mngungkit atau menysali knyataan...
anggap lah dosa lalu sbgi penawar taubat agr hidup lbh brmkna dgn keinsafan...
ingtlah, Allah swt Maha Pengampun!
^_^

~hati teman~

kain_sari said...

salam..hai awak..;p
setiap manusia itu pasti de wt kesilapan..jgn bersedih hati..anda boleh berubah okey..;p.