Tuesday, July 21, 2009

LELAKI..


Salam buat semua...
Skng, aku nk berckp psl "kepercayaan lelaki"..Boleh ke lelaki ni dipercayai?..boleh ke???????
ana khuatir, ana berjaga2, ana cuba menjauhi mereka..bile ana mula hendak mempercayai kata2 lelaki, ana akan teringat hadis oleh Ali Thantawi ni:

"Wahai puteriku..demi ALLAH..
Jgn engkau percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki..
Bahawa mereka memandangmu dengan AKHLAK dan ADAB,
Berbicara denganmu spt SAHABAT.
Dan bercinta denganmu spt teman akrab,
Sebenarnya mereka BOHONG!!!
Jika engkau dengar sendiri bualan mereka,
pasti engkau takut dan ngeri,
Hanya ditanganmu pintu segala kebaikan,
bukan ditangan kaum lelaki.."

Namun, ALLAH swt telah menentukan bahawa setiap manusia telah dicipta berpasang-pasangan. Ana tidak boleh melawannya. Malah, ana memohon supaya ALLAH swt menemukan setiap diantara kita suami yang soleh malah mencintai kita sepenuh hati. Bukan cinta kerana nafsu tetapi cinta kerana ALLAH swt. Telah tertulis di dalam al-quran bahawasanya "wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki". Kita tidak boleh sama sekali tidak mempercayainya ayat ALLAH swt itu. Perkahwinan itu manis, tetapi banyak juga pahitnya. Perkahwinan juga mengajar kita erti kehidupan yang sebenar2nya. Apabila setiap diantara kita telah berumah tangga, ingatlah bahawa syurga kita terletaknya dibawah telapak kaki suami..Jgn tidak mempercayai suami kita kerana ini akan mewujudkan jurang antara hubungan kita suami isteri. Yang paling utama sekali, kepercayaan kita terhadap ketentuan, kekuasaan, keadilan ALLAH swt haruslah diutamakan dalam hidup . Yang lebih penting, ana percaya. Setiap yang telah ditentukan oleh ALLAH swt ada kebaikannya!
"Wanita solehah adalah wanita yang tidak mengenali dan tidak mahu dikenali."

p/s: Janganlah kamu mempercayai kata-kata lelaki melainkan dia adalah suamimu.