Friday, September 3, 2010

selamat hari raya~

Assalamualaikum semua,


Rasa macam dah lama sgt tak coret pada blog ni..alasannya, spt biasa, no idea ! eehe..byk sebenarnya yang nk diceritakan tapi tak mampu nak cerita kat sini. Yang penting, terdapat perkara ini sangat mengganggu fikiran ana;-(..xpe, itu perkara yang tak patut diceritakan. Simpan sendiri sudah;))


Ramai orang tanya, “kiah, kau dah bersedia ke?” “kiah, cukup dah ke ilmu kau ni?” “ kiah, banyak perkara kau akan lalui selepas ni, tolong fikir masak2.”hurm..;-(


Entah, buat masa sekarang ni..ana diam dan tunggu je. Sebab perkara ini, perkara yang tak pasti. Ana tiada jawapan. Bila dah jadi, insya-Allah, akan diberitahu kelak;p


Apa yang penting??yang penting, kita berdoa+bertawakal=redha..Jangan terlalu berharap kerana kadang2 bukan semua kita dapat apa yang kita mahukan. Allah swt lebih mengetahui dan perancangan-Nya lebih baik dan terbaik (^_~).


Oklah, cerita fasal raya lah pulak. Ehe . (change topic) tahun ni, ana beraya dengan duit sendiri. Alahai, seronoknya,,, tak terkira…sampai abis duitnyee!!!uwarrghhhhh..T__T…cube la kerajaan bagi duit raya RM1000 ke kan??kan?? ini, dpt RM500 je?mane cukup..! ehe, macam ini lah manusia. Tak penah puas dengan apa yang ada. Bersyukur la sket kiah..~hehe~


Baju raya? sampai 3 pasang ana beli!!ish…pembaziran..pembaziran..tapi ana memang berniat nak beli baju kurung lebih2 sebab nak buat baju pegi keje…asik baju yang sama je dipakainya..bosan~huuuu…tadi niat nak pegi betulkan gelang yang ct abidah bagi..tapi kedai tutup pulak..dah melencong pg tgk2 baju..tanpa disedari, kat tangan dh ada sehelai baju berbayar…ehe..tapi ini baju abah..sian abah, tiap tahun dia je belikan baju untuk anak2 dia. Tahun ni, ana la pulak belikan untuk dia kn?hehe..anak2 masing2 dh keje..fhm2 sendiri la ye.(^_^)


Tahun ni, dh kena bagi duit raya kat adik2 saudara..uwarrghhh…perlu ke?tak nak bagi bole?bole?ehe..ala, bagi la seringgit dua..ape la sgt kn? Tapi kalu sampai 50 orang adik saudara, mahu bankrupnye!...


Dah la tu, nak cerita panjang2, berserabut lak pale ni..ehe..apapepun, ana ucapkan ;


SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN