Tuesday, October 13, 2009

Bekerja @ sambung belajar??

Selepas tambah, tolak, bahagi, darab, lebih kurang 9 minggu je lagi ana adalah student Politeknik Sultan Idris Shah ni…sedih..sbb ana sayang semua memori ana sepanjang ana berada di sini..suasana, kawan-kawan, semualah!!x dpt bygkan nti ana dh bkn student poli ni..erm, pasrah..masa tetap berlalu..yg dh lepas tu dijadikan kenangan sepanjang hidup ana..yg MEMENINGKAN KEPALA ana sekarang ni…

KERJA @ SAMBUNG BELAJAR??


Klu kerja, mungkin boleh dapat pegang duit sndr, leh tolong serba sedikit family..tp, jd SECRETARY KE???aduh...kne pk btul2 ni..nk dpt keje jd SU ni mmg byk peluang even sblm ana grad ni pun SPA mungkin akan datang interview kami student secretary ni, tapi….hurm..(termenung berfikir panjang) tetiba semalam, time ana msuk “kelas Keusahawanan”, Puan Dewi Mahara 1st time mengajar kami..xthu la, samada cara pengajaran beliau berkesan atau beliau ada gne teknik2 apape, yang penting beliau berjaya menarik minat ana menjadi USAHAWAN..


USAHAWAN???

Sebelum menjadi usahawan, kita kne betul2 bersedia dari segi mental dan fizikal..mmg perlu tabah!!andai ALLAH swt telah menetapkan ana untuk menjadi usahawan, alhamdulillah..jika sebaliknya, redha..walau mcm mana pun, kte sebagai manusia perlu berusaha dulu, insyaALLAH, ALLAH swt sentiasa menolong..kerana 9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan..


BELAJAR???


Memang ada niat nk smbung belajar..tp apa yang duk mmbuatkan ana jd kurang keyakinan untuk smbung blaja ialah, HUTANG!HUTANG!HUTANG! dengan ptptn.. perkara ni mmg memeningkan dan membantutkan niat ana menyambung pembelajaran..cukupkah setakat ilmu yang ana dapat di poli ni?? Ilmu manusia ni x penah cukup..sbb ALLAH swt sndri menyuruh manusia sentiasa mencari ilmu selagi nyawa di badan..bak kata pepatah, “mencari ilmu sampai ke negeri cina”..erk..btul ke pepatah ni??hehe..insyaALLAH, jika ALLAH swt tidak menulis takdir ana untuk menjadi usahawan, ana akan bekerja smbil sambung belajar (PJJ- Pengajian Jarak Jauh).. biarlah lame mane pun masanya, atlease ana belajar tanpa menyusahkan orang lain dan yang paling penting, TAK BERHUTANG..


KESIMPULAN??


Kesimpulannya di sini, pas blaja klu ada rezeki ana nk cuba dalam bidang usahawan dulu..kemudian jika tak ditakdirkan ana menjadi usahawan, ana akan bekerja smbil belajar then bile dh dapat degree, leh la jadi PENSYARAH pulak..hehe(cita-cita dari dulu lagi)..rezeki itu terletak di tangan ALLAH swt..kita hanya mampu merancang, namun ALLAH swt yang menentukan..doakan yang terbaik buat ana ye..:-D

Sunday, October 11, 2009

praktikal...assignment Internet ( praktika)


Inilah tempat praktikal ana dari 12/1/2009 hingga 12/6/2009 bertempat di Malaysia Timber Industry Board (MTIB)..wah, dah jadi mcm staf je kt situ..sume orang ana kenal..tapi…orang je x knl ana..hakhakhah..erm..mula2 skali ana kt sana, bosannya tidak terhingga sehingga mampu mengira kulat yang ada kt karpet tu..huhu..mungkin kerana mereka lupa kewujudan ana kat sana? itulah yang kita x tahu..huhu…tp ana rilek je..seminggu kt sana, ada ditempatkan di “library”..seminggu tanpa melakukan apa2 kerja..duduk, termenung, gelak, melompat, berborak SORANG-SORANG..uwawa..memang tekanan perasaan la time tu..tp time tu la ana duk bermuhasabah diri..(setiap kejadian mesti ALLAH letakkan hikmahnya kan?kan?)..maka ana duduk la seminggu sampai la penyelia unit latihan industri MTIB tu panggil ana..amat menguji kesabaran..lepas tu, barulah penyelia LI tu panggil..dengan tersengih2nya Puan Laili, beliau menyatakan bahawasanya beliau memang terlupa dengan kewujudan saya kt situ…(dh xtau nk ckp ape..hanya mampu tersenyum.)..duk kt library tu, kemas buku, kemas surat khabar yang ada, siram pokok, baca buku dan macm2 lagi walaupun x disuruh..Puan Laili letakkan ana di bahagian penerbitan..hampir 3 bulan ana duk situ jadi kerani vs office girl vs customer..tp xpe..ana suka sbb org kat situ baik2 dan peramah..dorg sume anggap ana cm adik dorg..dlm masa tu, mmg xthu la nk tulis ape kt report sbb ana xda keja dan keja yang ana lakukan tu bkn la sebenarnya tugas SETIAUSAHA sebenar..maka ana mengambil keputusan untuk mencari inisiatif utk “aim” setiausaha yang ada MTIB dan ana akan berbaik2 dgn mereka..hehe…maka, untuk mengambil kesempatan ini, ana join games bola jaring sbb mostly setiausaha kt situ main bola jaring…(bijak x?hehe)dari situ, bermulalah perkenalan ana ramai warga MTIB..pstu ana amek serba sedikit ilmu dari mereka..sepanjang ana ditempatkan di bahagian penerbitan tu..sebenarnya bahagian penerbitan tu mmg xda setiausaha. Itulah yang menyebabkan ana terpaksa mencari setiausaha di bahagian2 lain…(terpaksa menebalkan muka untuk mencari ilmu)..tp apa salahnya kan?lebih mengajar kita mengenai kehidupan malah dapat mengeratkan sillaturrahim antara kami..hampir 3 bulan ana di bahagian penerbitan, ana ditempatkan di bahagian Pembangunan Usahawan Bumiputera (PUB)..alhamdulillah, akhirnya ana ditempatkan di bahagian yang mempunyai setiausaha iaitu Pn. Saadiah..beliaulah yang banyak menolong dan mencurahkan ilmu beliau kepada ana…smpai ana dh anggap beliau ni macam mak ana..sangat “caring and loving”..perkara yang paling ana x dapat lupa ialah semasa hari terakhir ana di MTIB..banyak dapat hadiah tuu…huhuhu…best2x!..walaupun ana x lebih banyak ilmu mmbuat praktikal di situ, tp ana cukup bersyukur kerana ALLAH swt meletakkan ana membuat praktikal di situ..alhamdulillah..

kawan..

Kadang-kadang, kita kecewa…kadang-kadang, kita sedih…kadang-kadang kita gembira…kadang-kadang kita ceria…kadang-kadang kita marah…kadang-kadang kita tak puas hati..semua kerana KAWAN…erti kawan bagi diri ana ialah orang yang tidak pernah meninggalkan kita semasa susah dan senang. Orang yang sentiasa membimbing kita kepada kebenaran ALLAH swt..orang yang sentiasa mengingatkan kita..orang yang menerima kita seadanya, dan orang yang tidak pernah merungut ketika menolong kita. Semua ini menunjukkan bahawa orang itu IKHLAS berkawan dengan kita. Bagaimana pula jika kita menganggapnya dia kawan kita, tetapi kita dapat tahu bahawa si dia menikam kita dari belakang?1stly, , fikir...apa faktor si dia bertindak spt itu? Kerana diri kita atau sememangnya dari dirinya sendiri? Kadang-kadang dalam berkawan, jgn kita terlalu mengharap, percaya, mahupun sayang kpd seseorang.. lebih baik mengharap, percaya dan sayang itu diberikan kepada keluarga anda sendiri selain dari ALLAH swt…kawan itu tidak kita boleh jangka sikapnya..pelbagai ragam..dari apa yang ana pelajari sepanjang 20 tahun ana hidup di muka bumi ini mengenai kawan ialah..DALAM BERKAWAN DITANAMKAN NIAT “LILLAHITAALA”…maka, kita tidak akan berasa kecewa apabila kawan meninggalkan kita, kawan marahkan kita, kawan tikam dari belakang dan bermacam2 lagi..kawan hanya di dunia, ketika kita menghadap ALLAH swt hanya diri kita..tetapi ingat! bahawa kawan juga mampu membuatkan kita menjadi ahli neraka kelak..

Wednesday, October 7, 2009

jom tgk baju muslimah..(^_^)

Taip address ni,
sure anda dpt tgk (nk suh bli sbnrnye..hehe)
baju2 muslimah yang cantik2 yang diimport dri Indonesia..
Walaupun di import namun hagenye berpatutan..murah la gak..
student2 leh la bli sbb x mahal sgt..
(ala, topup tiap2 bulan bole, xkn nk gunekn duit nk bli baju
yang menutup aurat anda xleh kan?kan?kan?)
jd, selamat men"cuci mata" melihat blog ini :

tahniah puan...


Assalamualaikum..

ni la lecturer ana...comel x??hehe...

Puan Sherina Diana,

tahniah saya ucapkan kepada puan..

saya doakan semoga jodoh puan berpanjangan dan berbahagia selalu..

tahniah diucapkan sekali lagi puan..(^_^)

Tuesday, October 6, 2009

Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK)

~Diploma Sains Kesetiausaan Jan 2008 - Dis 2009~









All in my sweet memory at Polytechnic of Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.

Monday, October 5, 2009

open house at Pn Hafiza house..


Assalamualaikum...

ape??nk g la ni..heheh:-p


Kt umah puan kesayang kami..

alamak, maaf la sesangat sbb gmbr2 ni je yg dpt ana upload..
xtahu la ape sbbnye line ni slow sgt..
3 hb 10 lepas kami pg ke umah PA kami di Sg. Besar
Kami pg dlm 4 keta..
msg2 pandaila cari keta sndr..
kami 1 group dlm 2 keta..
1st open house raya ni yg ana pg..
sian x??isk..isk..
yela, cuti raya kami seminggu je..
ramai yg jmpt,
tp kwn2 kt umah ler..
mne smpat nk g..
uwawawaa...
tp, insyaALLAh raya thn dpn klu ana dipanjangkan umur ye kwn2..
SELAMAT HARI RAYA SUME!!
(hehe,,raya ke bpe daa bru nk ucap..)

Saturday, October 3, 2009

harianku..

bilik
sunyi x?jeng2..jam 1 pagi ana snap gmbr ni..
time ni ramai student blek umah..
tp kami rileks je..sayang poli la katakan..hikhik..
service printing
x sia2 la adakan service ni,
dismpng leh mengeratkan sillaturrahim ant pelajar len,
ana hepi dpt bantu pelajar len siapkan assgment.
prinsip: jgn terlalu mengharapkan pembalasan / keuntungan
apabila melakukan sebarang perniagaan
(insyaALLAh, ble kte ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan,
ALLAH swt akan sentiasa disamping, membantu kita.)

reminder board!
bg ana, perlu ada reminder board ni kot..
sbb ana ni pelupa sket..hehe..
biasa la, ble dh byk bnda kne pk,
kejap lpe tu, kejap lpe ni..
so, ble dh ada kewujudan 'bnda alah' ni
alhamdulillah, terurus la sket life student ana..


meja study
kt meja ni la ana mghabiskan
1/3 hari ana..
assgment..assgment..assgment..
ha? semak??
biase lar..klu x semak
bkn study namenye..
(Bg ana la..haha)

Friday, October 2, 2009

trengkas...


arghh...struggle2..nk kne wat assgment trengkas yg agak meletihkan+menyeronokkan=wat je lar..50 artikel in 2 week..nk kne handle program hari raya lagi..hehe..;D


Kepada Sahabat sejati,
SITI ABIDAH BINTI ABD RAHMAN
ku tujukan lagu ini khas buatmu,
semoga segala persoalan dari dirimu terhadap diriku terjawab.



Penyanyi : UNIC
Lagu : Sahabat sejati



ku biar kalam berbicara,
menghurai maksudnya di jiwa,
agar mudahku mengerti,
segala yg terjadi sudah suratan ilahi.



ku biarkan pena menulis,
meluahkan hasrat dihati,
moga terubat segala ,
keresahan dijiwa,

yang tak pernah ku ingin.



aku telahpun sedaya tak melukai hatimu,
mungkin sudah suratan hidupku,
kasih yang lama terjalin,
berderai bagaikan kaca,
oh teman maafkanlah diriku..



oh tuhan tunjukkan ku jalan,
untuk menempuhi dugaan ini,
teman maafkan jikaku melukaimu,
moga ikatan ukhuwah yang dibina,
keakhirnya...



oh sahabat,
pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan ilahi
semoga kita terus berada dibawah naungan rahmatnya
aku tidak akan berdaya,
menahan hibanya rasa.
aku akan pergi meninggalkan diriku
redhalah apa terjadi,
usahlah dikau kesali,
mungkin ada rahmat yg tersembunyi.



oh tuhan tunjukkan ku jalan,
untuk menempuhi dugaan ini,
teman maafkan jika ku melukaimu,
moga ikatan ukhuwah yg dibina,
keakhirnya
..



ku biar kalam berbicara,
menghurai maksudnya dijiwa,
agar mudah ku mengerti segala yang terjadi,
sudah suratan ilahi..



( Siti, trima kasihku ucapkan krn tidak pernah meninggalkanku sepanjang kita bersahabat
walaupun diri ini sering menyakiti hatimu tnpa kusedari...dikau adalah insan istimewa yang telah dikurniakan oleh ALLAH swt kpd diri ini.)

Semalam,
ana sje nk kongsi2 citesje lepak2 tepi tasikpas lek kelassbbnye....
ADA KAMERA BARU.(huhu:-D)
so, capture ler gmbar ni..
hasil gambar dari kamera baru..
toing2x..