Monday, May 21, 2012

-Backdated story-


Syukur alhamdulillah, terlalu banyak perkara yang berlaku pada diri ana sehingga tak mampu untuk dicoret di dalam laman ini. Perlu kah ana ceritakan satu persatu? Rasanya tak perlu. Biarlah ia menjadi kenangan terindah di dalam hidup ini . 

Tetapi terdapat beberapa hari penting yang perlu ana update di sini untuk sahabat : 

27 Februari 2011
Hari Pertunangan Zakiah & Fakhri
10 Februari 2012
Hari Pernikahan Zakiah & Fakhri
11 Februari 2012
Majlis Perkahwinan Zakiah & Fakhri





“Ya ALLAH, aku amat bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan kepada ku.”

Walaupun ada yang mempersoalkan :

“tak terlalu awal ke nak kahwin?”

“ Dah ready ke nak jadi isteri orang ni?”

“ Duit dah cukup?”

“Dah puas enjoy hidup single?”

“ Dah gatal ye nak kahwin?”

“tak menyesal ke kahwin awal?”

Ana hanya mampu tersenyum kerana bagi ana, soalan-soalan yang ditujukan hanya perlu di jawab kepada diri ana sendiri. 

Jodoh dan pertemuan telah dirancang oleh ALLAH s.w.t sejak azali lagi.

Kini, genap 3 bulan 12 hari ana digelar sebagai seorang isteri. Hati terlalu bahagia untuk diungkapkan. Mungkin inilah antara nikmat terbesar yang ALLAH s.w.t  berikan untuk hamba-hambanya. 

Ini adalah janji ALLAH s.w.t : 

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Dikurniakan dengan pasangan yang amat memahami dan sangat penyabar adalah antara perkara yang ana amat hargai. Walaupun tidak mengetahui bahawa  lelaki itulah yang akan melengkapkan hidup ana. Mengenali dirinya sebelum bernikah amat berbeza dari selepas akad nikah kerana dirinya sentiasa mencuba untuk menjadi suami yang terbaik untuk ana. 

Adakah nikmat ini yang ustaz/ustazah selalu perkatakan,

BERCINTA SELEPAS NIKAH LEBIH INDAH? 

Mungkin kerana mengenalinya selepas nikah membuatkan diri ini kaku /kekok pada minggu pertama. Namun dalam tempoh mengenali dirinya ini, perasaan kini terlalu bersyukur.
Doakan semoga kebahagiaan kami ini kekal hingga ke syurga dan dikurniakan keturunan yang soleh dan solehah.

 “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. Surah An-Nur : ayat 32-33.

“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari ni’mat Allah ?” Surah An Nahl : Ayat 72

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah Yaa Sin : Ayat 36

“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).

Jawapan kepada soalan di atas,

“Tidak, saya tidak pernah menyesal dengan keputusan saya untuk berkahwin awal ”