Saturday, November 20, 2010

hint-hint

Sejahtera keatas kalian semua..


21/11/2010, 00:42 a.m


Dah tiba waktu-waktu macam ni, mula la ana nak mengisi kekosongan blog ni..hehe..entah kenapa, sayu je hati ni..;-( tak pasti kenapa..~~


Ingin menceritakan, tetapi rasanya tidak sesuai untuk tontonan umum. Ingin memberitahu, tetapi terlalu rahsia untuk melafazkan.hint-hint je la ye..>,<


Penah tak korang berada dalam dilema..?Dilema untuk memilih antara dua perkara..tetapi korang tak pasti perkara mana yang lebih banyak kebaikan dari keburukan. Korang tak pasti layakkah korang untuk menilai dan memilih antara pilihan yang diberi. Kita hanya manusia biasa. Manusia yang hina. Manusia yang tidak dikurniakan sifat maksum seperti nabi. Kita hanya mampu berserah. Berserah pada Yang Esa. Kerana Dia lebih mengetahui dari yang tidak diketahui.


Lemah rasanya diri ini. Tetapi ana yakin, pilihan yg dibuat adalah yang tepat. Mudah-mudahan..insya-ALLAH..lillahitaala..solat istiharah..^,^

KeranaMu, aku memilihnya.

KeranaMu, aku melihatnya.

KeranaMu, aku mendengarnya.

KeranaMu, aku menyimpannya.

KeranaMu, aku menjaganya.

KeranaMu, aku memegang JANJI.


“Buat kawan-kawan, aku nak korang faham. Aku tak kuat. Aku tak kuat. Diulangi, aku tak kuat. Memang korang dah selalu menasihati diri ini. Aku amat berterima kasih pada korang. Harap korang tak pandang serong pada aku. Terus dan terus menasihati diri ini. Jangan biarkan aku terleka. Jangan biarkan aku hanyut. Jangan..tolong, jangan...aku akan cuba elakkan..insyaALLAH..tlg faham, sbb aku tak pernah menghadapi situasi mcm ni..:-(”


p/s : “Bukan ingin menolak, tetapi janji telah termeterai. Janji tetap janji. akan ku pegang hingga ke akhir hayat.

Monday, November 15, 2010

Hutang Update..


Assalamualaikum u all's...

Sesungguhnya, sudah terlalu lama ana tidak meng-update blog ini..bak kata kawan-kawan, “alah kiah, dh berhabuk dah blog ko ni..”heheh..bukan apa, tak ada idea la nak cerita apa PLUS kemalasan melanda..lalalalalal~(kalau dah malas, mcm2 lah alasan keluar yek?!)

Rasanya banyak berhutang dengan blog ni..dah banyak sangat cerita sampai cerita yang mana satu nak dikongsikan pun, tak tahu..T___T
(Lepas baca blog2 kawan-kawan ni, barulah tergerak sikit hati nak mengupdate blog ni..sian blogku..sob..sob..)

Eh, mana ada ana beli hp baru??memandai je korang..hakhakhak..maap kak june, bukan niat hati ni ingin merahsiakan mahupun berbohong bahawasanya hp tu milik shima, (terniat sikit la kot,bahahah) tapi,,cuma segan+ malas nak heboh-heboh lebih-lebih lagi korang sume duk amek E5 lak kan?cis~~hehe..xpe, rezeki masing-masing..korang ada rezeki lebih, tu yang duk amek E5,,setakat E63, aku tau korang leh amek 4@5 biji kan sekali gus kan..





lepas tu, dgr2 pulak ada la minah2 ni berkeinginan untuk amek iPhone4..woweeee!!!toing2x..~ilang kewarasan jap~dasat ah korang..semoga berjaya yek..boleh aku tumpang2…weeeee~best2..;p

3-5 December 2010 ni ana insya-ALLAH terlibat dengan Kem Little Khalifah di Sg. Congkak, Hulu Langat..saja nak meluangkan masa lapang bersama adik-adik comel..jadi fasilitator ni pun best juga, boleh buli-buli..wuhuuu..eh, jahat ko kiah**haha…tak kan la cik kiah nak buli org, silap hari bulan ana yang kena buli balik..lalalalala~(kalau silap hari bulan la..)




17-20 December 2010 insyaALLAH ana akan melibatkan diri dengan Kem Little Khalifah juga. Tapi kali ini, perjalanan agak thrill sikit..ke Kelantan menaiki KTM..wow!! seronoknya dengar kan??seronok, seronok jugak…cuti ada lagi ke kiah oiiii???adoiii~~~uwarrghhh~~~mesti la ada..sape cakap tak de? kih kih kih…(gelak jahat)..bos tak de, sendiri la approve kan cuti..tu la best nya jadi setiausaha ni..sep, pap pap OLLEY!!!peace~~

Esok Hari Raya Haji, kepada bos ku yang disayangi…SELAMAT MENJALANI IBADAH HAJI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI..semoga mendapat haji yang mabrur..insyaALLAH..setiausaha mu di sini mendoakan kesejahteraan mu di sana bersama isteri tercinta..dan kepada ahli keluargaku, sahabat-sahabat dan rakan taulan, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA diucapkan..

“Zakiah, sepanjang saya cuti sebulan setengah ni, boleh tolong kemas2kan bilik saya ni..??”..eh, mestilah boleh, tak kan la tak boleh kan??saya kan setiausaha yang baik..ngeee~ semalam bermula pengoperasian mengemas bilik bos ku…ACHUUUMMMM…!!berhabuk..!garu sana, garu sini..gatal nya muka ni..tak boleh kena habuk, biasa la, resdung..teruk juga resdung ana ni, tahap kritikal dah agaknya..setiap minggu mesti nak selesama..asal selesema, tak larat nak keje..nak tido je rasa..bak kata ko arif( kwn opis), “ ko ni kuat tido la kiah”..bukan kuat tido, tapi dah tak sihat, nk buat macam mana kan?..nak menanggung resdung kritikal ni bukan mudah..bila selesema seluruh badan lemah, pening, mata,hidung, muka gatal dan berair..sapa yang larat kan??ubatnya, tidur je la nak bagi kurang sakit tu. Entahlah, dah bermacam2 kaedah dicuba, masih tak pulih..actually bukan tak boleh pulih, tapi kena berpantang makan sebenarnya…hakhak..tak boleh makan ayam, belacan, seafood..wooiisshhh..mne boleh..kurus la ana kalu macam ni..!!!hekhekhek..nafsu kot~lantak ko la kiah..**

Adoi, terlebih panjang la pulak post kali ini, .xpe,,nanti update lagi ye…tata titi tutuuu…~wassalam~