Tuesday, June 12, 2012

:Mood Rindu:


Assalamaualaikum…

Sempena pertukaran status ana dari “Cik” ke “Puan”, ana rasa nak tukar jugalah panggilan “ana” ke “saya” ..rasanya lebih sesuai untuk saya sekarang..hohoh…panggilan “ana” macam islamik sangatlah pula..memandangkan diri ini masih dalam “renovation”.

12 Jun 2012, 8.35 mlm :

Minggu ni En. Husband kerja shif malam. Tik..Tik..Tik..Klik..Klik...Klik...bunyi air dengan jam...uwarrghhh...T_T...sunyinya...ke hulu ke hilir, guling-guling, setiap 5 minit jenguk peti ais, oh ye..baju tak lipat lagi. Jap lagi lah. Hehe..

Sengaja tak nak beli tv dulu...takut leka nanti. Lagipun sengaja nak mengisi masa lapang bersama En. Husband..Nanti dah ada TV, mesti mengadap TV je memanjang..punggung ni berat je nak buat kerja..takde TV pun dah berat kan, apetah lagi kalau ada TV, melekattt terus..;p

Harapkan lappy ni je la..kalau takde lappy, mungkin suaraku yang sumbang ini kot yg akan menjadi muzik di rumah ini..cewahh~

Setiap hari En. Husband keluar kerja malam, berat je hati ni nak berpisah..sedih;-(
Kadang-kadang macam nak menitis air mata ni..tapi cover-cover macho gitteww..entah apa-apa, macam budak-budak ! **chill la kiah..**

“Apa nak buat ? apa nak buat? solat wajib dah tunai, solat sunat pun dah..baca al-quran pun dah..rumah dah clear..ape lagi ni?? **sambil tarik-tarik rambut**

~Mood : Menunggu kepulangan En. Husband~

Bila saya bersamanya, kami sama-sama menyebut namaMu Ya ALLAH,
Bila saya bersamanya, kami kerap mendendangkan ayat Al-QuranMu Ya ALLAH,
Bila saya bersamanya, kami sama-sama solat berjemaah bersama,
Bila saya bersamanya, kami sama-sama menegur antara satu sama lain untuk menjadi lebih baik sebagai hambamu Ya ALLAH,
Bila saya bersamanya, kami sama-sama mengemas rumah dan memasak,
Bila saya bersamanya, kami sama-sama mengingatiMu Ya ALLAH,
Bila saya bersamanya, kami sama-sama lebih bersemangat mengadapMu Ya ALLAH,
Bila saya bersamanya, kami sama-sama bangun malam bertahajud kepadaMu Ya ALLAH,
Bila saya bersamanya, kami sama-sama mengumpul duit bagi untuk "memberi" kepada yang lain Ya ALLAH,
Bila saya bersamanya, kami sama-sama berusaha memperbaiki diri.

With husband at Seoul, Korea.
Tiada apa lagi yang ingin saya minta selain KAU SATUKAN HATIKU DENGAN HATINYA SEHINGGA KE SYURGA. CUKUPLAH DIA SEORANG YANG MEMILIKI HATIKU SELAIN ENGKAU YA ROBB.

Monday, May 21, 2012

-Backdated story-


Syukur alhamdulillah, terlalu banyak perkara yang berlaku pada diri ana sehingga tak mampu untuk dicoret di dalam laman ini. Perlu kah ana ceritakan satu persatu? Rasanya tak perlu. Biarlah ia menjadi kenangan terindah di dalam hidup ini . 

Tetapi terdapat beberapa hari penting yang perlu ana update di sini untuk sahabat : 

27 Februari 2011
Hari Pertunangan Zakiah & Fakhri
10 Februari 2012
Hari Pernikahan Zakiah & Fakhri
11 Februari 2012
Majlis Perkahwinan Zakiah & Fakhri





“Ya ALLAH, aku amat bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan kepada ku.”

Walaupun ada yang mempersoalkan :

“tak terlalu awal ke nak kahwin?”

“ Dah ready ke nak jadi isteri orang ni?”

“ Duit dah cukup?”

“Dah puas enjoy hidup single?”

“ Dah gatal ye nak kahwin?”

“tak menyesal ke kahwin awal?”

Ana hanya mampu tersenyum kerana bagi ana, soalan-soalan yang ditujukan hanya perlu di jawab kepada diri ana sendiri. 

Jodoh dan pertemuan telah dirancang oleh ALLAH s.w.t sejak azali lagi.

Kini, genap 3 bulan 12 hari ana digelar sebagai seorang isteri. Hati terlalu bahagia untuk diungkapkan. Mungkin inilah antara nikmat terbesar yang ALLAH s.w.t  berikan untuk hamba-hambanya. 

Ini adalah janji ALLAH s.w.t : 

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Dikurniakan dengan pasangan yang amat memahami dan sangat penyabar adalah antara perkara yang ana amat hargai. Walaupun tidak mengetahui bahawa  lelaki itulah yang akan melengkapkan hidup ana. Mengenali dirinya sebelum bernikah amat berbeza dari selepas akad nikah kerana dirinya sentiasa mencuba untuk menjadi suami yang terbaik untuk ana. 

Adakah nikmat ini yang ustaz/ustazah selalu perkatakan,

BERCINTA SELEPAS NIKAH LEBIH INDAH? 

Mungkin kerana mengenalinya selepas nikah membuatkan diri ini kaku /kekok pada minggu pertama. Namun dalam tempoh mengenali dirinya ini, perasaan kini terlalu bersyukur.
Doakan semoga kebahagiaan kami ini kekal hingga ke syurga dan dikurniakan keturunan yang soleh dan solehah.

 “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. Surah An-Nur : ayat 32-33.

“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari ni’mat Allah ?” Surah An Nahl : Ayat 72

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah Yaa Sin : Ayat 36

“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).

Jawapan kepada soalan di atas,

“Tidak, saya tidak pernah menyesal dengan keputusan saya untuk berkahwin awal ”