Monday, May 31, 2010

Alangkah sukarnya menjaga Aurat~

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda :

Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. [Hadith riwayat Muslim no. 2128]


Berbaju seperti kanak2 berusia 5 tahun...berseluar ketat dan padat. Ini lah trend yang menjadi ikutan muslimah kini. Pada sesiapa yang tidak mengikuti nya...pasti akan di gelar' ketinggalan zaman' and tak mengikuti perkembangan semasa lansung!! Subhanallah! apa yang telah berlaku ni?? Tahap kejahilan melampau!!!! Perempuan yang bertudung(dengan bonggol yang tinggi) dengan rasa bangga ..berjalan lenggang lenggok dan menjeling minah selekeh yang memakai tudung biasa dan berpakaian longgar di sebelahnya sambil berlalu...pasti dalam hati nya bangga aku ni nampak cantik walaupun bertudung...YA ALLAH! Sedihnya melihat manusia sekarang yang hanyut mengikuti arus zaman...Bertapa jahilnya orang islam kini yang hanya menerima fesyen2 terkini tanpa berfikir ianya menjatuhkan maruah agama sendiri..sekaligus menunjukkan islam itu amatlah rendah nilainya di mata bukan islam...menerima segala fesyen terkini yang kononnya kelihatan muslimah...walhal sebaliknya.

Perlukah kita berpakaian ketat menampakkan susuk tubuh untuk kelihatan menawan dan sekaligus meningkatkan keyakinan diri? Adakah dengan berpakaian begitu keyakinan di perolehi...adakah ini bermakna orang berpakaian sebaliknya tidak ada keyakinan diri?.....Bukan kah keyakinan diri ini hadir apabila kita mempunyai ilmu serta pendirian dan prinsip(berlandaskan agama) dalam hidup yang sekaligus terlihat dengan attitude yang sangat menyakinkan....Ini bermakna..orang yang mencari yakin diri dengan pakaian yang menonjol itu adalah orang yang terdesak kerana cetek ilmunya(maaf kiranya ayat ini amat kasar)...

Sesungguhnya islam itu agama yang perlu diaplikasikan di dalam kehidupan seharian,islam datang secara pakej,jangan lah hanya mengambil sebahagian yang disukai dan ditinggal kan bahagian yang tak di sukai...akan pincanglah kehidupan itu jika islam direalisasikan sedemikian rupa. Jika Allah telah memerintahkan kita menutup aurat, pasti akan kebaikannya untuk kita.. laksanakanya dengan sempurna supaya hasilnya adalah kepuasan dan ketenangan dalam hidup..kasihanilah insan yang bernama LELAKI kerana mereka terpaksa mengawal gelodak nafsu tatkala melihat susuk tubuh yang mengiurkan.Lelaki yang dimaksudkan boleh jadi ayah,adik, abang dan pakcik2 kita dan kemudian ke mana agaknya nafsu tersebut dilepaskan? Akhirnya akan terpampang di dada akhbar dan TV bayi yang terbuang dan dibunuh. Tidak mustahil orang yang yang merogol atau melakukan hubungan tersebut di cetuskan oleh pakaian kita yang sendat dan mendat tu!yang kemudian telah meransang nafsu lelaki tersebut dan seterusnya dilepaskan kepada orang yang tidak sepatunya!Subhanallah hentikanlah kitaran yang sungguh menyakitkan ini!!!!

Pernah kah kita terfikir istilah 'sexsual harassment' yang kerap kali digunakan untuk menunjukkan ganggual seksual yang dilakukan lelaki terhadap wanita sepatutnya diterbalikkan menjadi gangguan yang dilakukan oleh perempuan terhadap lelaki kerana telah menaikkan nafsu mereka?...Islam telah meletakkan maruah wanita setinggi2nya jika patuh kepada peraturan yang telah diturunkan oleh Allah..tak perlulah terpedaya dengan propaganda kesamaan hak lelaki dan wanita oleh barat. ISLAM adalah segalanya,patuhilah ia supaya ia dapat berfungsi dengan baik. Marilah kita bersama2 menghentikan rantaian2 dosa bermula dengan diri kita sendiri dan keluarga supaya tidak menjalar ke generasi seterusnya....YA ALLAH PELIHARALAH HIDUP KAMI DAN LINDUNGI LAH KAMI DARI API NERAKA MU!

hasil nukilan dari http://ieeyda.blogspot.com

0 comments: