Friday, February 5, 2010

Kukuhkan persahabatan ini Ya ALLAH..!







Assalamualaikum..

Rindunya pada sahabat2 ana..

Yan, shima, jiha, ira, kak june, ila,

afni, lya & fafa

Ya ALLAH,

Aku memohon pdMu

Agar engkau

Kukuhkan persahabatan ini.

Kuatkan hati kami

Tabahkan hati kami

Agar persahabatan ini

Membawa seribu erti

Di dalam diri kami


Ya ALLAH,

Janganlah engkau

Bebani kami sekiranya

Kami tidak mampu Ya ALLAH..

Engkau Ikhlaskanlah hati kami

Supaya setiap di antara kami

Jujur dalam membina

Persahabatan yang suci ini


Ya ALLAH,

Aku memohon

Agar engkau

Lindungi kami

Dari berpecah belah

Bertelingkah

dan

Bermusuh-musuhan

Hanya kerana hasutan syaitan


Ya ALLAH,

Redhailah persahabatan ini

Pimpinlah kami

Menuju ke Jalan Mu

Agar kami menjadi

Hambamu yg solehah


Ya ALLAH,

Aku sayang akan persahabatan ini

Aku tidak rela

Melihat tali persahabatan ini

Putus di tengah jalan

Kuatkan aku

Untuk mengukuhkan kembali

Persahabatan ini


Namun Ya ALLAH,

Sekiranya tiada jodoh

Untuk kami bersama lagi,

Engkau redhailah hati kami

Biar kemana kami pergi

Tetap menuju ke JalanMu

Ya Robbul Izzati


2 comments:

Lya oh Lya said...
This comment has been removed by a blog administrator.
zakiahzanirun said...

Aku ikut turutan bilik dr bilik aku dulu..