Saturday, February 6, 2010

Kelebihan Al-Mathurat






Assalamualaikum kepada para sahabat yg disayangi,

Pada suatu masa yg lalu, ana tidak mengerti dan mengenali Al-Mathurat apatah lagi kelebihan dan keutamaannya. Kemudian pada suatu hari, ana menghadiri suatu program yang dianjurkan oleh pelajar2 UIA iaitu DAURAH. Disitu, ana mula mengenali Al-Mathurat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat ana, Siti Rohani yg telah mengajak ana menghadiri majlis yg sgt bermanfaat tersebut dan pelajar2 UIA yg telah menganjurkan program tersebut.


Al- Ma'thurat, yang dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.

Kelebihan membaca Al Mathurat:


1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredhainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


* Zikir-zikir yang terkandung di dalam Al-Mathurat ini sangat sesuai di amalkan oleh setiap muslim sepanjang waktu. Namun biasanya dibaca sesudah solat Subuh dan solat Asar.

(Semoga kita sma2 mengamalkan Al-mathurat pada setiap hari )


;-)



0 comments: