Friday, September 3, 2010

selamat hari raya~

Assalamualaikum semua,


Rasa macam dah lama sgt tak coret pada blog ni..alasannya, spt biasa, no idea ! eehe..byk sebenarnya yang nk diceritakan tapi tak mampu nak cerita kat sini. Yang penting, terdapat perkara ini sangat mengganggu fikiran ana;-(..xpe, itu perkara yang tak patut diceritakan. Simpan sendiri sudah;))


Ramai orang tanya, “kiah, kau dah bersedia ke?” “kiah, cukup dah ke ilmu kau ni?” “ kiah, banyak perkara kau akan lalui selepas ni, tolong fikir masak2.”hurm..;-(


Entah, buat masa sekarang ni..ana diam dan tunggu je. Sebab perkara ini, perkara yang tak pasti. Ana tiada jawapan. Bila dah jadi, insya-Allah, akan diberitahu kelak;p


Apa yang penting??yang penting, kita berdoa+bertawakal=redha..Jangan terlalu berharap kerana kadang2 bukan semua kita dapat apa yang kita mahukan. Allah swt lebih mengetahui dan perancangan-Nya lebih baik dan terbaik (^_~).


Oklah, cerita fasal raya lah pulak. Ehe . (change topic) tahun ni, ana beraya dengan duit sendiri. Alahai, seronoknya,,, tak terkira…sampai abis duitnyee!!!uwarrghhhhh..T__T…cube la kerajaan bagi duit raya RM1000 ke kan??kan?? ini, dpt RM500 je?mane cukup..! ehe, macam ini lah manusia. Tak penah puas dengan apa yang ada. Bersyukur la sket kiah..~hehe~


Baju raya? sampai 3 pasang ana beli!!ish…pembaziran..pembaziran..tapi ana memang berniat nak beli baju kurung lebih2 sebab nak buat baju pegi keje…asik baju yang sama je dipakainya..bosan~huuuu…tadi niat nak pegi betulkan gelang yang ct abidah bagi..tapi kedai tutup pulak..dah melencong pg tgk2 baju..tanpa disedari, kat tangan dh ada sehelai baju berbayar…ehe..tapi ini baju abah..sian abah, tiap tahun dia je belikan baju untuk anak2 dia. Tahun ni, ana la pulak belikan untuk dia kn?hehe..anak2 masing2 dh keje..fhm2 sendiri la ye.(^_^)


Tahun ni, dh kena bagi duit raya kat adik2 saudara..uwarrghhh…perlu ke?tak nak bagi bole?bole?ehe..ala, bagi la seringgit dua..ape la sgt kn? Tapi kalu sampai 50 orang adik saudara, mahu bankrupnye!...


Dah la tu, nak cerita panjang2, berserabut lak pale ni..ehe..apapepun, ana ucapkan ;


SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, August 16, 2010

new post

Assalamualaikum semua..

Pengumuman :

Mulai 9 Ogos 2010, ana telah ditempatkan di Bahagian Jaminan Kualiti, PA kepada Timbalan Pengarah..waaah…cannot go =,= …dapat tukar tempat…teramatlah seronok sehingga tanpa disedari telah menghitamkan kulitku yang telah semula jadi ini putih (sebaliknya)..hehe…

wHOOppp…whooppp…hitam?kulit?aduh…dh niat dlm diri ni tak nak terjun dalam laut tu..tapi apakah daya, jasad di darat, roh di dalam laut..huuuu~..dh tengok semua duk terjun seselamba dugong dlm laut tu..sape yg leh tahan kn..?

Percutian ke Teluk Batik kali ini terasa lain. Lain dari 1st time ana pg. Mase ana pg tahun lepas tak apape pun perkhidmatan yang disediakan melainkan perkhidmatan TANDAS AWAM ;-(

Kali ni, siap banana boat, bot dan sebagainya..terasa enjoy pulak..hilang beban2 kat opis yang selama ni duk berat je dlm pale otak ni..

Guy’s, next time klu ada rezeki kita plan lagi lah..klu ada rezeki…insya-Allah..tp klu nk pg tempat lain, kena tambah duit la..tambah duit makan dan penginapan. Sebab kat Perak hari tu, penginapan (Zai&shima) free of charge je...Thanks ek korg and Family..klu xda umah korg xthu la nk menginap kat mane..Apa kata lepas ni, kita pg bandung, tapi penginapan rumah shima&zai lagi..bole??hohoh…

Durian oh durian…sampai demam ana dibuatnya..sanggup bertahan tak nak beli semata2 nak makan kt umah Zai..hebat kn??hehe..memang tak leh lupa lah saat menikmati makanan kat rumah Zai…superbbb!! tahap 5 bintang..rumah shima pun lebih kurang jugak, cume time tu kan kita tumpang tdo je..dan juga tanpa perapan ayam dan ikan pari mak shima, tak bermaknalah percutian kita ni..~~

Bab sentimental :

Korang : Andai suatu hari nanti, aku terpaksa meninggalkan korang..korang ampunkan segala dosa aku pada korang ye?aku manusia biase, sering melakukan kesilapan.. Terus terang aku katakan di sini, aku syg korang semua.. pada mereka yang baru aku kenal tu, walaupun baru beberapa bulan kita kenal dan mula akrab, aku rase macam dah bertahun-tahun kita berkawan. Sayang nak tinggalkan korang.Walaubagaimanapun, Kita semua sedar, tiada yang kekal di muka bumi ini. Yang datang, hanya sebagai persinggahan. Persahabatan kita akan kekal andai kita semua jujur dan ikhlas dalam persahabatan ini. Insya ALLAH..

Saturday, July 24, 2010

. diri ini .



Kadang-kadang diri ini terasa sunyi. Sunyi untuk menggembirakan hati. Namun, kucuba memenuhi isi hati di dalam blog yang tidak seberapa indah ini.

Apa yang aku harapkan hanyalah sebuah kebahagiaan. Tapi, pastikah kebahagiaan itu didatangi tanpa hadirnya kesusahan??Bagaimana mahu mengecapi kebahagiaan andai tidak berusaha mengharungi kepayahan.Namun, diri ini terasa amat lemah. Terasa hina dan kerdil di sisiNya.

Mengapa perlu terasa akan kekosongan ini? Kerana diriku terasa jauh dariMu..Sudah lama aku terasa jauh dariMu.Tapi apakah usahaku?malah aku terus menjauhkan diriku dariMu. Ya ALLAH…

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Setiap masalah pasti ada hikmahnya. Setiap masalah pasti ada kasih sayang dariNya. Kuatkah diri ini?Dari satu masalah, datang lagi masalah. Aku terasa seolah-olah Kau mencemburui akan kesenanganku. Tapi, adakah kesenangan yang aku harapkan itu adalah kesenanganku untuk mencium bau syurgaMu??

Ku menanti dengan penuh kesabaran akan kemunculan hari itu. Aku berusaha menjauhi perkara mungkar-Mu. Selama ini aku kuatkan hati untuk menjadi yang terbaik disisiMu. Namun, mampukah aku?

Aku mahu menjadi kuat di pandanganMu. Aku menjadi tabah seperti mujahidah di zaman rasulullah s.a.w. Aku mahu menjadi tongkat yang kuat kepada suamiku kelak. Aku mahu menjadi pakaian dan pelindung kepada suami dan anak-anakku dikemudian hari, InsyaALLAH. Cuma ku harapkan agar kau temukan aku dengan seseorang yang dapat membimbingku,keluargaku dan bakal anak-anakku dengan penuh kasih sayangMu kerana aku khuatir, aku akan jatuh tersungkur andai aku cuba untuk bangun berdiri sendirian.

Tetapi Ya ALLAH, andai itu yang terbaik untukku, ku mohon YA ALLAH, kuatkan aku.


Friday, July 16, 2010

khas utkmu...heheh..

Assalamualaikum kepada para sahabat yang disayangi,

Harini, ana berada di rumah mak, ampang. Hurm, sbnrnya taknak balik rumah arini coz nk bersihkan rumah sewa tu..Minggu lepaskan orang duk gerudi itu, gerudi ini..abeh bilik air ktorg…sian dia..tp takpe, lepas tu trus jadi cntik..selesa sikit nk duk berendam ke, tido ke dlm bilik air tu kan..hehe..


p/s kpd shima & Zai : klu aku ilang, korg cari aku dlm blik ari, k??hehe..

Mengenai masalah kat tmpt keje tu, ana dlm usaha membaikpulih diri. Harapnya ana tabah.

Haa..tidak mungkin ana lupakan kpd sahabat ana yang sorang ni, awe (bukan nama sebenar)..”amboi2, bukan main comel lagi ko ngumpat aku dgn blog ko en??ciss~…aku cuba bersikap jujur..aku cuba..hahaha..awe(bukan nama sebenar), sabar la k??mengenai mslh yg menimpa diri ko, harap ko tabah dan sabar. Setiap dari kita ada mslh iaitu dugaan dari ALLAH swt. Biarlah, yang nk pegi tu, biarkan dia pegi. Kita mulakan kehidupan yang baru..bak tajuk blog ko ahhh..~~ngeh3…Jgn mengenal erti persahabatan atas dasar keseronokan dan kegembiraan. Tetapi mengenal erti persahabatan atas dasar perjuangan dan pengorbanan…o.k???~peace~..(^_^)v ..dah2, rosak blog aku nti klu duk cite psl diri ko..haha..gurau2 je..jgn sentap ye..~”


p/s : blog ko x jiwang lah…berbunga2 dan bertaman2 sket je….haha..


Jap lagi, berangkatlah ana ke rumah sepupu ana…nk mendirikan mahligai bahagia..di Shah Alam. Sian shima dgn zai, terpakse la tinggal berdua je kt rumah??sori ye~


Oklah, takat ni je la ana mencoret blog ana harini..sbnrnye, xda input yang best pun..Sje je…


~khas untukmu, awe (bukan nama sebenar)..hahahhahahhaha…**smbil tergelak berguling2 kt lantai rumah jiran sebelah**~