Saturday, January 18, 2014

SARANG LABAH-LABAH..

Assalamualaikum (sambil kibas-kibas tangan),

"Masya-ALLAH, dah bersarang blog aku ni! tak boleh jadi...kena update jugak ni even dah setahun lebih tak update.." kah kah kah..ANAK DAH ADA SORANG DAH PUN!

Tak patut sungguh! **geleng kepala**

Tak sangka, cepat betul masa berlalu..pejam celik, pejam celik, dah semakin meningkat umur ni..pejam celik pejam celik, mungkin pembaca hanya membaca blog seseorang yg telah mengadap Ilahi..subhanALLAH..siapa tahu? Hanya ALLAH yang tahu ajal maut seseorang..kan?(:

Cumanya hari ini saya nak memperkenalkan PUTERI kesayangan saya dan Encik Suami yang telah dilahirkan secara c-zer pada 3 April 2013 yang lalu..sekarang dah 9 bulan lebih pun..

Kenapa c-zer? entahlah, kata doktor anak dah lemas..wallahualam. Mungkin itu yang terbaik utk saya. Apapun, anak lahir dengan sihatnya seberat 3.3kg..hohoh!

Nama diberi FATIMAH AZZAHRA BINTI MUHAMMAD FAKHRI.

Pada mulanya berebut suami isteri nak letak nama. Saya nak letak nama dimulai huruf Z memandangkan keluarga saya nama dimulai huruf Z..(tak nak pecah tradisi lah konon;p) suami pula nak letak nama anak dimulai F. Nak sama dgn nama dia lah tu @_@

Diskus punya diskus.........................

Uwekkkk..uwekkk...(dah bersalin pun)..huhu

Tetiba muncullah nama Fatimah Azzahra..En. Suami kata, "alah, takpelah..nama mula huruf F, kita panggil dia mula huruf Z iaitu zahra...:) bolehlah..bolehlah...cincailah! janji makna sedap..hee

Ini dia Puteri kami.





Tinggal sebulan lebih lagi ummi akan lepaskan kerjaya ummi sebagai SETIAUSAHA dan terjun ke dalam kerjaya SURI RUMAH separuh masa..lagi separuh kita akan fikirkan kemudian..

cekedoutttt!!! (^_^)/



0 comments: