Wednesday, July 14, 2010

Layakkah aku ??

Assalamualaikum kpd semua yang sudi membaca blog ana….



Hari ini, ana keseorangan kat rumah..dapat MC dari doktor. Dari tak buat apa, baik ana update blog ana ni. Ini pun atas permintaan seorang sahabat yang tak berapa nak betul..(keh…keh..keh)..*gurau2 je der~**

Entah malam tadi tiba-tiba mata macam pedih..tapi ana tak gosok atau sentuh pun..biarkan aje..trus tido..bgun pagi dah merah menyala mcm NAGA milik GOKU dalam cite Mutiara Naga..haha..**apa ana ngarut ni??dush!dush!dush!**

Cuti-cuti Malaysia lah ana hari ini…berehat kat rumah..pagi tadi, lepas pegi Pusat Kesihatan UKM, ana terus masuk opis balik sbb masih ada kerja yang perlu ana siapkan..kena batalkan penempahan hotel dan kenderaan..masuk2 je ofis, kebetulan pulak bertembung dgn bos..alahai…harung je la..tawakal..tawakal..


Ana :Bos, saya dapat MC hari ini..

Bos : Awak sakit mata ke..?duk mengintai sape mlm tadi?

Ana : Eh, tak intai sape2 pun la..heheeeeeee~(sabo je la)

Bos : Ok..~


Ok je??haha..fuhh..lega..Dah selesai keje kt opis, ape lagi..?cabut la..dah ada peluang kn?keh3…tapi nak pegi mana?kt rumah ada orang lelaki (maintainance) duk betulkan rumah..bahaya pulak.. “alahai, dah la dgn mata cmni..nk kemana pulak la..” merayau2 lah ana…ttbe teringat PKNS..takyah pk 4-5 kali, trus je gerak ke sana..biar la mata ni nk warna ape pun..merah ke, kuning ke, hijau ke , biru ke..huhu…~Sebenarnya ada tujuan ana ke sana..nak pegi kedai buku kat dalam PKNS tu..

Abeh duit beli buku2 tu je..klu bole, nk beli sume buku2 kat situ..dah mcm xnk tinggalkan kedai buku tu je…mau semua buku ana belek2..then ana nmpak satu buku ni…tajuknya, PESONANYA IKHLAS. Terbitan ADIL AKHYAR, DARUL NU’MAN.Ana belek2 buku tu..kecik dan comel je..tu yg duk belek2 tuu..huhu..buka2 je buku tu, ana terbaca suatu ayat :

SIFAT ORANG YANG TIDAK IKHLAS :

- MENGELAK ATAU MENOLAK TUGAS

Keadaan ini berlaku apb. Seseorang cuba mengelak atau menolak sesuatu tugas yang diberikan dengan alasan, “Tidak tahu” , “tidak mahir” atau “tidak boleh”..


TIba-tiba ana TERRRmuhasabah diri ana..Selama ana bekerja, ana mengadu macam-macam. Bos inilah, itulah.Seolah-olah ana seperti tidak memikul tanggungjawab sebagai pembantu merangkap Pembantu Peribadi bos..apa yang bos buat, ana mesti belajar. Tapi, ana lakukan sebaliknya pula. Ana terus merungut dan tidak mahu belajar sehingga terdetik di dalam hati untuk berhenti kerja dan duduk dirumah sahaja atau berhenti kerja dan sambung belajar. Walaupun ana tahu, tidak mungkin ana akan lakukan begitu atas alasan tidak mahu menyusahkan orang lain. Ana sudah mempunyai tanggungjawab. Ana sudah mempunyai kerjaya untuk membantu keluarga. Takkan ana nak lepaskan semua itu atas dasar MALAS ?? Malas hendak mempelajari benda yang baru. Malas hendak melayan kerenah bos. Malas memegang tugas. Malas melaksanakan tugas. ALASAN!ALASAN!ALASAN! baru ana sedar, semuanya timbul kerana tiada keikhlasan di hati ana..YA ALLAH…daifnya hambamu ini..T,T

Setiap perkara yg kita lakukan untuk berjaya di dalam dunia ini terdapat cabarannya..bergantung pada kita untuk menghadapinya cabaran tersebut. Berkali-kali ana memotivasikan diri. Ana mencari bahan untuk memotivasikan diri ana yang kian malas untuk bekerja ini. Nasib baik ana terjumpa buku ni..Alhamdulillah, semoga kesedaran ini terus menyinari dan menjadi pembimbing dan cahaya dalam hidup ana dari kegelapan dek kemalasan dan sifat2 yang hanya mengagalkan hidup ini.

Ayat yang paling ana tersedar, ialah APABILA KITA CUBA MENGELAK ATAU MENOLAK TUGAS, KITA SEBENARNYA MEMBUKA PEKUNG DI DADA masing-masing atau dengan lain perkatan menghina di atas kejahilan yang ada pada dirinya sendiri..Subhanallah~begitu sekali??



Beginikah sifat muslimah ?? ana harus berubah!! Berusaha..!! Umat islam harus kuat dari segala perkara. Al-quran sebagai panduan hidup.Iman dihati sebagai kekuatan diri. Zikir bagi mengelak rungutan.Buku-buku panduan sebagai motivasi diri.



2 comments:

Yulia Fajrin said...

wow!!really good info dear!!keep it up..heheehe..sesi muhasabah diri...huhuhhh

zakiahzanirun said...

insyaALLAH..sehari slps post blog ni..dugaan dtg lagi..subhanallah...sabar je la~~ikhlas...ikhlas~~hehe...