Friday, July 16, 2010

Kuatkan aku YA ALLAH.

Ya ALLAH tuhanku yg maha pengasih,

Kuatkan semangatku,

Jangan kau lenturkan kerana kemalasan

Jangan kau lenturkan kerana penghinaan,

Jangan kau lenturkan kerana kelemahan.



Ya ALLAH tuhanku yang maha agung,

Engkau telah mencipta langit dan bumi,

Engkau telah mencipta tumbuhan dan ternakan,

Engkau telah mencipta manusia,

Dari pelbagai bentuk dan rupa

Tetapi mengapa?

Mengapa masih ada yang tidak mensyukurinya??



Ya ALLAH tuhanku yang maha mengetahui,

Engkau mengetahui setiap dari apa yang telah hambamu niatkan,

Engkau mengetahui setiap dari apa yang telah hambamu laksanakan,

Maka ku mohon Ya ALLAH,

Semoga Kau membersihkan niatku ini,

Untuk melaksanakan sesuatu dengan keikhlasan hati.



Ya ALLAH tuhanku yang maha pengampun,

Engkau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku,

Ampunkanlah dosaku

Ampunkanlah dosa sahabat handaiku YA ALLAH

Ampunkan dosa mereka yang tidak melihat akan kewujudanMu,

Berikanlah kami hidayah

Berikan kami petunjuk,

Berikan kami perlindungan

Agar kami berada di dalam lingkungan kasih sayangMu



Ya ALLAH tuhanku yang maha mendengar,

Engkau mengetahui setiap masalah yang dihadapi oleh hambamu ini,

Aku khuatir Ya ALLAH,

Kekuatan imanku tidak sekuat yg disangka.



Namun Ya ALLAH,

Aku berpegang pada firmanMu,

Bahawasanya Engkau tidak akan menduga hambamu,

Melainkan mereka yang benar-benar layak untuk diduga.



Ya ALLAh,

Aku terasa berat Ya ALLAH!

Hapuskan perasaan ini

Jauhkanlah ia.

Supaya aku mendapat keseronokan dan kegembiraan

dalam pekerjaan ini.

Ya ALLAH,

Aku hanya melaksanakan suruhanMu,

Aku hanya melaksanakan kewajibanku,

Namun,

Ianya dianggap tidak menepati syarat KORPORAT yang diperlukan.



Apa ada dengan korporat?

Apa ada dengan jawatan?

Apa ada dengan kata-kata yang sia2?

Apa ada dengan pakaian yang menyiksa mata?

Andai semuanya menjadikan kita ahli neraka



Ya ALLAh yang maha berkuasa,

Engkau bukakanlah pintu hatinya,

Untuk melihat keindahan agamaMu,

Untuk melihat kebesaranMu,

Untuk melihat kebenaranMu.

Sabarkan hatinya untuk mengajarku.

Lembutkan hatinya untuk memaafkan kesalahanku.

Tenangkan hatinya menjalankan perintahMu.



Amin

4 comments:

Yulia Fajrin said...

huhuhu..apesal keadaan ko mcm payah je keje kt korporat???

zakiahzanirun said...

hurm...agakla...entahlah, mungkin diri ini perlukan kekuatan untuk mengubah tanggapan KORPORAT yang dikata2kan tu..biar tanggapan KORPORAT itu seiring dgn agama ALLAH swt.Jgn disebabkan kita nk terlalu ikut KORPORAT, lantas kita tinggalkan hukum ALLAH swt.

Unknown said...

this is really interesting dik..biar kita ada prinsip yang orang tak suka as long as kita jaga maruah agama insyaalah Allah akan bantu kita cepat atau lambat..jangan cepat mengalah!

zakiahzanirun said...

insyaALLAH..~