Saturday, July 24, 2010

. diri ini .



Kadang-kadang diri ini terasa sunyi. Sunyi untuk menggembirakan hati. Namun, kucuba memenuhi isi hati di dalam blog yang tidak seberapa indah ini.

Apa yang aku harapkan hanyalah sebuah kebahagiaan. Tapi, pastikah kebahagiaan itu didatangi tanpa hadirnya kesusahan??Bagaimana mahu mengecapi kebahagiaan andai tidak berusaha mengharungi kepayahan.Namun, diri ini terasa amat lemah. Terasa hina dan kerdil di sisiNya.

Mengapa perlu terasa akan kekosongan ini? Kerana diriku terasa jauh dariMu..Sudah lama aku terasa jauh dariMu.Tapi apakah usahaku?malah aku terus menjauhkan diriku dariMu. Ya ALLAH…

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Setiap masalah pasti ada hikmahnya. Setiap masalah pasti ada kasih sayang dariNya. Kuatkah diri ini?Dari satu masalah, datang lagi masalah. Aku terasa seolah-olah Kau mencemburui akan kesenanganku. Tapi, adakah kesenangan yang aku harapkan itu adalah kesenanganku untuk mencium bau syurgaMu??

Ku menanti dengan penuh kesabaran akan kemunculan hari itu. Aku berusaha menjauhi perkara mungkar-Mu. Selama ini aku kuatkan hati untuk menjadi yang terbaik disisiMu. Namun, mampukah aku?

Aku mahu menjadi kuat di pandanganMu. Aku menjadi tabah seperti mujahidah di zaman rasulullah s.a.w. Aku mahu menjadi tongkat yang kuat kepada suamiku kelak. Aku mahu menjadi pakaian dan pelindung kepada suami dan anak-anakku dikemudian hari, InsyaALLAH. Cuma ku harapkan agar kau temukan aku dengan seseorang yang dapat membimbingku,keluargaku dan bakal anak-anakku dengan penuh kasih sayangMu kerana aku khuatir, aku akan jatuh tersungkur andai aku cuba untuk bangun berdiri sendirian.

Tetapi Ya ALLAH, andai itu yang terbaik untukku, ku mohon YA ALLAH, kuatkan aku.


1 comments:

Unknown said...

jika allah beri kita KESUSAHAN dia mahu memdidik kita memberi pengorbanan....jika Allah beri rasa KEMARAHAN dia mahu mengajar kita erti kesabaran....jika Allah beri kita KELEBIHAN dia mahu mengajar kita tentang keikhlasan...sesungguhnya Allah hanya memberi apa yang terbaik untuk kita dan bukan apa yang kita perlukan...perbaiki diri sentiasa..insyaalah Allah akan tunjuk jalan yang tidak disangka2...