Wednesday, June 3, 2009

Riya' dr Kuliah ustaz Zamihan

Keratan ini sy ambil dari salah seorg student UM mengenai riya' "Kuliah Ustaz Zamihan". Diucapkan syabas kpdnya.

Riya' spt yang kita sedia maklum melakukan sesuatu amal perbuatan tidak untuk mencari keredhaan ALLAH akan tetapi untuk mencari pujian atau kemasyhuran di masyarakat. Amal perbuatan yang di lakukan kerana riya' menjadi sia-sia, tidak ada manfaat dan kebaikan bagi dirinya kecuali kebanggaan semu yang di dapat dari org-org yang berinya.

Riya' yang paling besar ialah riya' org munafik yang menunjukkan keimanannya tetapi menyembunyikan di dalam hatinya kekufuran. Di zaman Nabi sendiri sudah terlampau banyak golongan spt ini. Di hadapan Nabi dan para sahabat, ditunjukkan keimanan mereka, ibadah mereka, sokongan mereka, tetapi di hati mereka tetap kufur. Bahkan dikatan riya' spt ini lbh berat daripada org yang syirik nyata. Yg pasti golongan spt ini mmg tidak lari dr pengetahuan baginda S.A.W sehinggakan satu peristiwa masjid yang dibina oleh org-org munafiq, diperintahkan utk membakar masjid itu krn Nabi S.A.W tahu masjid itu bukan dibina atas dasar keimanan dan ketaqwaan kpd ALLAH bahkan semata-mata utk memecahbelahkan umat islam.(Hmm..rasanya ada masjid cmtu di negara kita. Fikir2knlah.)

Riya' yang kedua ialah riya' pada ibadah yang fardhu. Sebagai conotho ibadah solat fardhu. Dihadapan org elok saja solatnya, control saja toma'ninahnya, tartil sahaja bacaannya. Tetapi bila dia keseorgan, dilambatkan solar fardhu itu dikerjakan bahkan mungkin tidak dilaksanakan langsung. Dan jika solat pun, solat bagaikan ayam patuk beras @ itik sudu cak..begitu pantas. Sahla org itu mmg riya' pada ibadah fardhunya.

Riya' yang ketiga yg lebih kecil dari yang pertama dan kedua (tapi yang pastinya riya' mmg besar dosanya) ialah riya' pada ibadah yang sunat. Dikerjakan bermcm2 perkara2 sunat bila bersama dgn org ramai tetapi spt biasa bila keseorgan sunat rawatib entah kemana, quran entah kemana, zikir entah kemana.

Golongan2 yg riya' ini, di akhirat nnti ALLAH akn memanggil mereka dgn kata2 yang kesat. (Penulis terjemahkan) Hei org yang riya', hei org yang jahat, hei org yang sesat, hei org yang...(x ingat plak satu lagi. tp ada 4 panggilan lah). Lantas ALLAH menyuruh mereka 'mintalah pahala drpd org yg buat keranaNYA. Ini adalah sindiran ALLAH di atas tindakan golongan yg riya' yg melaksanakan sesuatu bkn kerana ALLAH tetapi krn makhluk semata-mata. Sudah pasti tidak akan mampu mereka daptkan pahala drpd selain ALLAH.

Cara utk mengubat riya' hanya dgn kita menghapuskan sbb musabab kita mempnyai perasaan riya' itu. Senang sja. Selidik sbb apa hadir perasaan riya' itu dihati kita seterusnya hapuskan sbb musabab itu. Sebb musabab itu terdiri drpd 3 perkara:
  1. Harapkan pujian
  2. Takutkan celaan
  3. Tamak haloba

Harapkan pujian

Kemungkinan riya' yang hadir di hati kita ini disbbkan kita mengharapkn pujian drpd manusia. Ktia solat dgn cara yg caik semata-mata nk tunjuk baik di hadapan mertua kita. Kita dtg awal kerja semata-mata nk bodek bos kita. Kita berbuat kebajikan semata-mata ingin masyarakat mengangkat kita.

Cuba kita fikir, apalah sgt yg kita dapat hasil drpd pujian manusia? Tidak memberi manfaat langsung kpd kita. Al-Fadhil Ustaz memberi contoh apabila pasukan Barca menewaskan MU. Seluruh duni memuji pasukan Barca krn berjaya mendapat kejuaraan, main dengan baik dan sebagainya. Dgn pujian manusia itu, sebenarnya adanya celaan yg besar drpd ALLAH krn mereka kufur kpd ALLAH.

Secara selingan, Al-Fadhil Ustaz juga menegur masyarakt yg menggilai kedua2 pasukan tersebut. Sanggup ber'qiamullail' semata-mata ingin menonton pasukan yang satunya membawa tanda salib dan satunya membawa tanda iblis laknatullah!!! Begitulah jahilnya umat Islam pada hari ini. Sehinggakan ada yang memakai jersi bola yang padanya ada lambang salib, iblis, jenama arak dan kemudiannya sujud kpd ALLAH!!! Sungguh jahil sekali umat Islam hari ini!!

Berbalik kpd point tadi, apalah diharapkan pujian manusia yg sementara yg tidak memberi manfaat dan makna apa-apa pada diri kita. Lebih baik kita mendambakan pujian dari ALLAH yg hakiki yg memberi manfaat pada kita dunia dan akhirat.

Takut celaan

Adapun yg kedua kemungkinan ada yg takut dicela org "kenapa kamu tidak solat sunat, tak puasa sunat dan sebagainya", sehingga timbul di hati org tersebut sebelum org tegur@ cela aku, baik aku buat benda2 itu. Org ni juga boleh dikategorikan di dalam riya'.

Spt juga harapkan pujian, celaan manusia sememangnya tidak akan mendtgkan mudarat kpd kita. Takutlah sgt kita pada celaan manusia drpd celaan, hinaan dan seksaan ALLAH yg maha dasyat. Kalau ada org ingin mencela kita biarkan saja. Sakit sgt ke hati kita tu kalau nk dibandingkan sakit azab neraka. Biarkan mereka mencela. Sekurang2nya dapat pahala free pd diri kita. Ucapkan alhamdulillah dan trima kasih pada si pencela dan doakan mereka mendpt hidaya dr ALLAH.

Tamak haloba

Point ini penulis tak brapa nk dapat plak apa yang Al-Fadhil Ustaz sampaikan .Mungkin sebb point last kot. Hehe. Tp antaranya kalau kita harapkan harta dunia, tak kemana kita. Bukannya milik kita yang hakiki pun .Segala2nya dtg dari ALLAH. Bila2 je dia boleh ambil balik.

Kesimpulannya, bermujahadah lah utk melawan riya' ni. InsyaALLAH kalau kita usahakan ikhlas hati kita, ALLAH akan campakkan perasaan ikhlas tu ke dalam hati kita. Bila wujud perasaan itu maka ALLAH suka, msyrkt di sekeliling kita pun suka. Tak perlu lah kita sebut aku ni ikhlas ni, engkau tu riya' sbb segala2 yg berkaitan dgn hati ni, ALLAH Yang Maha Tahu. Semak diri kita dulu sebelum nak check&balance org lain.

Wallahua'lam

We only just wayfarers. Live, prepare, die in a blink of eye.

0 comments: