Wednesday, July 14, 2010

Layakkah aku ??

Assalamualaikum kpd semua yang sudi membaca blog ana….



Hari ini, ana keseorangan kat rumah..dapat MC dari doktor. Dari tak buat apa, baik ana update blog ana ni. Ini pun atas permintaan seorang sahabat yang tak berapa nak betul..(keh…keh..keh)..*gurau2 je der~**

Entah malam tadi tiba-tiba mata macam pedih..tapi ana tak gosok atau sentuh pun..biarkan aje..trus tido..bgun pagi dah merah menyala mcm NAGA milik GOKU dalam cite Mutiara Naga..haha..**apa ana ngarut ni??dush!dush!dush!**

Cuti-cuti Malaysia lah ana hari ini…berehat kat rumah..pagi tadi, lepas pegi Pusat Kesihatan UKM, ana terus masuk opis balik sbb masih ada kerja yang perlu ana siapkan..kena batalkan penempahan hotel dan kenderaan..masuk2 je ofis, kebetulan pulak bertembung dgn bos..alahai…harung je la..tawakal..tawakal..


Ana :Bos, saya dapat MC hari ini..

Bos : Awak sakit mata ke..?duk mengintai sape mlm tadi?

Ana : Eh, tak intai sape2 pun la..heheeeeeee~(sabo je la)

Bos : Ok..~


Ok je??haha..fuhh..lega..Dah selesai keje kt opis, ape lagi..?cabut la..dah ada peluang kn?keh3…tapi nak pegi mana?kt rumah ada orang lelaki (maintainance) duk betulkan rumah..bahaya pulak.. “alahai, dah la dgn mata cmni..nk kemana pulak la..” merayau2 lah ana…ttbe teringat PKNS..takyah pk 4-5 kali, trus je gerak ke sana..biar la mata ni nk warna ape pun..merah ke, kuning ke, hijau ke , biru ke..huhu…~Sebenarnya ada tujuan ana ke sana..nak pegi kedai buku kat dalam PKNS tu..

Abeh duit beli buku2 tu je..klu bole, nk beli sume buku2 kat situ..dah mcm xnk tinggalkan kedai buku tu je…mau semua buku ana belek2..then ana nmpak satu buku ni…tajuknya, PESONANYA IKHLAS. Terbitan ADIL AKHYAR, DARUL NU’MAN.Ana belek2 buku tu..kecik dan comel je..tu yg duk belek2 tuu..huhu..buka2 je buku tu, ana terbaca suatu ayat :

SIFAT ORANG YANG TIDAK IKHLAS :

- MENGELAK ATAU MENOLAK TUGAS

Keadaan ini berlaku apb. Seseorang cuba mengelak atau menolak sesuatu tugas yang diberikan dengan alasan, “Tidak tahu” , “tidak mahir” atau “tidak boleh”..


TIba-tiba ana TERRRmuhasabah diri ana..Selama ana bekerja, ana mengadu macam-macam. Bos inilah, itulah.Seolah-olah ana seperti tidak memikul tanggungjawab sebagai pembantu merangkap Pembantu Peribadi bos..apa yang bos buat, ana mesti belajar. Tapi, ana lakukan sebaliknya pula. Ana terus merungut dan tidak mahu belajar sehingga terdetik di dalam hati untuk berhenti kerja dan duduk dirumah sahaja atau berhenti kerja dan sambung belajar. Walaupun ana tahu, tidak mungkin ana akan lakukan begitu atas alasan tidak mahu menyusahkan orang lain. Ana sudah mempunyai tanggungjawab. Ana sudah mempunyai kerjaya untuk membantu keluarga. Takkan ana nak lepaskan semua itu atas dasar MALAS ?? Malas hendak mempelajari benda yang baru. Malas hendak melayan kerenah bos. Malas memegang tugas. Malas melaksanakan tugas. ALASAN!ALASAN!ALASAN! baru ana sedar, semuanya timbul kerana tiada keikhlasan di hati ana..YA ALLAH…daifnya hambamu ini..T,T

Setiap perkara yg kita lakukan untuk berjaya di dalam dunia ini terdapat cabarannya..bergantung pada kita untuk menghadapinya cabaran tersebut. Berkali-kali ana memotivasikan diri. Ana mencari bahan untuk memotivasikan diri ana yang kian malas untuk bekerja ini. Nasib baik ana terjumpa buku ni..Alhamdulillah, semoga kesedaran ini terus menyinari dan menjadi pembimbing dan cahaya dalam hidup ana dari kegelapan dek kemalasan dan sifat2 yang hanya mengagalkan hidup ini.

Ayat yang paling ana tersedar, ialah APABILA KITA CUBA MENGELAK ATAU MENOLAK TUGAS, KITA SEBENARNYA MEMBUKA PEKUNG DI DADA masing-masing atau dengan lain perkatan menghina di atas kejahilan yang ada pada dirinya sendiri..Subhanallah~begitu sekali??



Beginikah sifat muslimah ?? ana harus berubah!! Berusaha..!! Umat islam harus kuat dari segala perkara. Al-quran sebagai panduan hidup.Iman dihati sebagai kekuatan diri. Zikir bagi mengelak rungutan.Buku-buku panduan sebagai motivasi diri.



Tuesday, June 29, 2010

tiada~

tiada keseronokan dlm kerja ni..
sampai bila harus bertahan?
sampai bila harus begini??
haihh...
Ya ALLAH, bantulah aku..
Kuatkan semangatku..
berikan kegembiraan dlm hati ini..
Amin..amin..ya robbal A'lamin..

Sunday, June 20, 2010

mimpi, maka tidur tak lena..~

Ciri2 :

  • Tak kenal
  • kurus
  • sabah
  • cermin mata
  • masih blaja
  • penyabar
  • baik hati
**sebab mimpi ni la, ana terjaga tepat jam 5 pagi..
terus terjaga (1/2 jam je la)
siapakah dia????

Monday, June 7, 2010

menjahit vs jahitan

Assalamualaikum dan salam 1malaysia..diulangi,,1malaysia...haha~Lme sungguh rsenye tak update ini blog..bkn ape, xda benda utk dikongsi.Bila kerja, bz...balik rumah..kosong.nothing to do..


JADUAL HARIANKU

5.45 : Siap parking kt bawah rumah
6.00 : Sampai di rumah
(take time 15 minit naik tangga 3 tingkat sbb
ktorg mmg sje naik lambat2. Bkn sbb gemuk,
ok??haha..~)
6.10 : Solat
6.30 : Bkk cerita ShahJihan sambil memasak
7.30 : Mandi & solat maghrib & mengaji & solat isya'
8.50 : Baring2 tgk t.v.....lagi...~
10.00 : Gosok baju
10.15 : Sambung tgk tv...
11.00 : tido...

**Jadual ini akan diulang2 utk hari seterusnya. Terima kasih**

Alahai, bosan nye la idup ana kan...??bosan bangat kerana ketiadaan aktiviti.. Jika korang lihat semula jadual yang telah dilakarkan diatas, ada nampak sedikit kesilapan tak..??sedikit ke..??mcm banyak je..??Waktu beriadah dgn ALLAH swt lebih singkat berbanding waktu beriadah dgn televisyen..Then, aktiviti yang dilakukan semua hanya membuang masa. Subhanallah...~~

Mungkin selepas ini, ana akan mengurangkan masa beriadah dgn televisyen...Ana ingat, ana nk join NISA' serdang..tp msh dlm proses..sbb berhubung dgn org yang tidak dikenali..so, kene tunggu panggilan dari dia la..buat sementara ni, baik ana buat side-income..iaitu, MENJAHIT..haa..bijak kan ana??heh3...bijak memang bijak, tp nak menjahit pun tak tahu...lalalalala~

Tak pe2, dlm proses pembelajaran walaupun terpaksa bertarung hebat dgn kakak sendiri berebut mesin jahit mak..**mak, lps ni mak kena buat wasiat utk mesin jahit mak ni**huhu...
Semoga semangat ini berkekalan..

Zai, selamat belajar..semoga semangat kita tak berhenti takat ni je tau..kuatkan semangat ko, sbb aku perlukan gabungan semangat dari ko untuk aku terus hidup..haha...cannot go..~

Mgu lps dh belajar cara memotong kain dari MAK...so, jap lg nk pg cari kain..nk potong kt rumah je..mgu dpn bwk balik rumah mak utk jahit pulak..lepas ana dh siapkan satu baju..JENG3..ana akan post kt blog ye..hehe...
syukur lah mak sndr tukang jahit..so tak yah la membazir duit pg belajar kt org lain..thanks mak!

Tu la, mak dari dlu dh bising2 kt ktorg adik beradik ni belajar menjahit sementara mak masih ada..time tu sume wat don't know je sbb mak masih rajin jahitkan utk anak2 dia..sekarang, bila masing2 dh bekerjaya, barulah masing2 sibuk nk belajar menjahit..barulah berangan2 nk bukk bisnes jahitan..adoi~~~bestye kalu ada bisness sndr..tak seronok betul keje bawah org ni..hurm..xpe2..berusaha!!chaiyork..

**terpaksa menghentikan topik arini sbb zai dh panggil nk g breakfast. Sori zai, aku lambat sbb post blog ni..hehe..ampun3..**


wassalam~~~