. hampa .
Sahabat,
Aku cuba menyayangimu
Aku cuba mengasihi dirimu,
Aku cuba berjalan beriringan denganmu
menuju ke JalanNya.
Namun,
Aku dibuang dari hidupmu
difitnah.
dituduh menikam dirimu
sedangkan
niatku hanya ingin membantumu
menasihatimu
Bukan keburukan yg aku mahukan
namun hanya kebaikan semata-mata
Aku cuba mempertahankan dirimu
dari mereka
namun, sedikitpun tidak kau sedar,
malah kau menjauhkan dirimu dariku
kerana bagimu
aku bukanlah sahabat yang terbaik untukmu
Tapi tidak mengapa,
aku cuba bersangka baik denganmu
kerana aku sedar akan kelemahanku,
aku cuba memohon kemaafkan darimu
namun,,
kemaafkan dariku,
langsung tidak kau pedulikan.
aku pasrah..
Kadang2 sering terlintas di fikiran,
besar benarkah dosaku padamu?
sehingga kini aku tidak mengerti
kerana kau terus mendiamkan diri.
Kedatanganku di politeknik pada hari konvoku,
menerima berita yg amat mengejutkan mengenaimu
Aku tergamam,
terdiam.
Dia kah?
tak mungkin...
tak mungkin..
Sahabat,
sekali lagi ..
maafkan aku..
aku gagal,
gagal menjadi sahabat terbaikmu,
teringin sekali aku mengecap tanganmu
memegang erat
tanpa sedikit ruang pun diantara jari jemari kita
terus berjalan menuju ke jalanNya
namun,
kau melepaskan genggamanku
lalu pergi ke sahabat yg kau rasakan
adalah sahabat terbaik untukmu..
ketika itu,
aku benar-benar pasrah
dan redha..
berita yang sampai kepadaku,
benar-benar membuatkan aku jadi bingung.
kecewa
serba salah
Adakah salahku kerana melepaskan dirimu?
adakah salahku kerana tidak menggenggam erat tanganmu?
Adakah semua yang terjadi salahku??
Namun,
apa yg pasti setiap yg berlaku ada hikmahnya.
Ingatlah wahai sahabat,
apa yg terjadi itu,
ada hikmahnya..
Kau harus kuat,
kau harus tabah.
Kita hanya manusia biasa
sering melakukan kesalahan.
Anggaplah apa yang berlaku pada dirimu ini,
sebagai PERINGATAN dariNya
Aku mohon,
tolonglah jagalah dirimu
dan agamamu.
Walaupun aku tiada disisimu,
sehingga kini aku sentiasa mendoakan
kebaikan dunia dan akhirat kepadamu.
~Sayang sahabat~