Monday, May 31, 2010

Alangkah sukarnya menjaga Aurat~

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda :

Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. [Hadith riwayat Muslim no. 2128]


Berbaju seperti kanak2 berusia 5 tahun...berseluar ketat dan padat. Ini lah trend yang menjadi ikutan muslimah kini. Pada sesiapa yang tidak mengikuti nya...pasti akan di gelar' ketinggalan zaman' and tak mengikuti perkembangan semasa lansung!! Subhanallah! apa yang telah berlaku ni?? Tahap kejahilan melampau!!!! Perempuan yang bertudung(dengan bonggol yang tinggi) dengan rasa bangga ..berjalan lenggang lenggok dan menjeling minah selekeh yang memakai tudung biasa dan berpakaian longgar di sebelahnya sambil berlalu...pasti dalam hati nya bangga aku ni nampak cantik walaupun bertudung...YA ALLAH! Sedihnya melihat manusia sekarang yang hanyut mengikuti arus zaman...Bertapa jahilnya orang islam kini yang hanya menerima fesyen2 terkini tanpa berfikir ianya menjatuhkan maruah agama sendiri..sekaligus menunjukkan islam itu amatlah rendah nilainya di mata bukan islam...menerima segala fesyen terkini yang kononnya kelihatan muslimah...walhal sebaliknya.

Perlukah kita berpakaian ketat menampakkan susuk tubuh untuk kelihatan menawan dan sekaligus meningkatkan keyakinan diri? Adakah dengan berpakaian begitu keyakinan di perolehi...adakah ini bermakna orang berpakaian sebaliknya tidak ada keyakinan diri?.....Bukan kah keyakinan diri ini hadir apabila kita mempunyai ilmu serta pendirian dan prinsip(berlandaskan agama) dalam hidup yang sekaligus terlihat dengan attitude yang sangat menyakinkan....Ini bermakna..orang yang mencari yakin diri dengan pakaian yang menonjol itu adalah orang yang terdesak kerana cetek ilmunya(maaf kiranya ayat ini amat kasar)...

Sesungguhnya islam itu agama yang perlu diaplikasikan di dalam kehidupan seharian,islam datang secara pakej,jangan lah hanya mengambil sebahagian yang disukai dan ditinggal kan bahagian yang tak di sukai...akan pincanglah kehidupan itu jika islam direalisasikan sedemikian rupa. Jika Allah telah memerintahkan kita menutup aurat, pasti akan kebaikannya untuk kita.. laksanakanya dengan sempurna supaya hasilnya adalah kepuasan dan ketenangan dalam hidup..kasihanilah insan yang bernama LELAKI kerana mereka terpaksa mengawal gelodak nafsu tatkala melihat susuk tubuh yang mengiurkan.Lelaki yang dimaksudkan boleh jadi ayah,adik, abang dan pakcik2 kita dan kemudian ke mana agaknya nafsu tersebut dilepaskan? Akhirnya akan terpampang di dada akhbar dan TV bayi yang terbuang dan dibunuh. Tidak mustahil orang yang yang merogol atau melakukan hubungan tersebut di cetuskan oleh pakaian kita yang sendat dan mendat tu!yang kemudian telah meransang nafsu lelaki tersebut dan seterusnya dilepaskan kepada orang yang tidak sepatunya!Subhanallah hentikanlah kitaran yang sungguh menyakitkan ini!!!!

Pernah kah kita terfikir istilah 'sexsual harassment' yang kerap kali digunakan untuk menunjukkan ganggual seksual yang dilakukan lelaki terhadap wanita sepatutnya diterbalikkan menjadi gangguan yang dilakukan oleh perempuan terhadap lelaki kerana telah menaikkan nafsu mereka?...Islam telah meletakkan maruah wanita setinggi2nya jika patuh kepada peraturan yang telah diturunkan oleh Allah..tak perlulah terpedaya dengan propaganda kesamaan hak lelaki dan wanita oleh barat. ISLAM adalah segalanya,patuhilah ia supaya ia dapat berfungsi dengan baik. Marilah kita bersama2 menghentikan rantaian2 dosa bermula dengan diri kita sendiri dan keluarga supaya tidak menjalar ke generasi seterusnya....YA ALLAH PELIHARALAH HIDUP KAMI DAN LINDUNGI LAH KAMI DARI API NERAKA MU!

hasil nukilan dari http://ieeyda.blogspot.com

Tuesday, May 18, 2010

kekosongan jiwa

~KEKOSONGAN JIWA~



“ Hidup tidak selalunya indah,

Langit tak selalu cerah,

Suram malam tak berbintang,

Itulah lukisan alam,

Begitu aturan tuhan “


~Selamat menjalani kehidupan BUJANG, zakiah~


Hidup bujang? Memang seronok..seronok kerana tiada org mahu mengongkong kita. Seronok sbb kita dapat atur hidup sndri. Seronok sebab kita boleh membuat keputusan sendiri. Lebih seronok hidup bujang apabila hidup berbekalkan gaji sendiri.


Tapi kenapa? Ana terasa kosong dengan hidup ini. Ana terasa jauh sgt dari Nya. Jauh…


Baru ana sedar. Bukanlah seronok sgt hidup bujang ni. Tiada orang akan mengingatkan kita. Tiada orang yang akan menasihati kita. Tiada orang yang akan pedulikan tentang kita. Terus lalai dan leka…rindu pada mak. Rindu mendengar bebelan dia. Bebelan yang dulunya selalu tidak ana hiraukan. Sekarang, baru ana sedar betapa pentingnya bebelannya yang selama ini membawa ana ke arah kebaikan.


“Tiada ibu yang ingin melihat anaknya gagal”


@! MARI MENGISI KEKOSONGAN DIRI DENGAN ILMU DAN AMALAN !@

Tuesday, May 11, 2010

kelalaian diriku~

Dulu, ana memohon agar ALLAH swt murahkan rezeki ana dengan memberikan ana sebarang pekerjaan supaya dapat meringankan beban ibu bapa . Tapi dalam tidak sedar, makin lama, ana makin lalai.! Makin jauh dengannya iaitu penciptaku yang satu, ALLAH swt. Kerap menyibukkan diri dengan kerja, kerja, dan kerja. Jika tiada kerja, terus melalaikan diri dengan membuat kerja2 yang tidak berfaedah. “ Sibuk sgt ke sampai tiada masa membaca ayat2 suci al-Quran? Sibuk sgt ke sampai tiada masa berzikir? Sibuk sgt ke sampai tiada masa memikirkan sedikit pun tentang PenciptaMu?”




“Betapa lalainya aku YA ALLAH, hanya dengan sedikit rezeki dan nikmat yang kau berikan padaku”


ALLAH swt menyayangi hambanya. ALLAH swt memakbulkan doa hambanya. Tapi inikah balasannya dari hamba-hamba yang dahulunya meminta, merayu, memohon meminta pertolongan dariMu?

Hanya dengan sedikit nikmat kau berikan,, kami terus leka dan lalai..



Semalam, ana tgk cerita MAUT. Boleh tahan la cerita tu. Lebih2 lagi bila tgk seorang wanita yang diazab di neraka akibat tidak menutupi auratnya. Memang betul2 menginsafkan diri ana yang makin lalai ini.



“ Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau maha Pengampun, amat cinta memberi keampunan, maka ampunilah aku”

Monday, May 3, 2010

convocation day=))

Alhamdulilah,
hari konvokesyen
hari tu,
mmg la tersa
ngat
BEST !!

terasa mcm tak nak tinggalkan poli hari tu..
rindu sgt dgn mereka...
gambar??

jangan tanye la..
melambak2 kot
..
tapi gambar yang paling ana suke,
gambar2 ni
..







"sweet" je sem
ua..
hek4..

mmg xkn lupakan la saat2 ni.
sememangnya,
kamera telah membahagiakan kami..
hohoho..

hadiah :
tak dijangka akan dpt banyak ..( bg ana banyak la tu)
sesangat la berterima kasih kpd mereka yg ikhlas memberi ana hadiah2 tu..

part time:
jadi pemandu pelancong utk family siti selama 3 hari berturut..
hehe..
thanks for the "gelang tangan"
akan cuba dijaga sebaik mungkin(^_^)

hari konvo aritu mmg la tersangat best sume..
kecuali satu ni je la..
tak dpt jmpe seseorang.;-(
hurm..
tapi xpe, tak effect pun..
huhu..

hepi2 hepi2 sgttttttttt.....

syg kamooo semua ;))