Ya ALLAH, Perkenankan doa kami, Murahkan rezeki kami, Janganlah engkau membiarkan perasaan ini menguasai kami dek kerana rezeki yg tidak kami ketahui.
Ya ALLAH, Sekiranya rezeki yg bakal engkau berikan pada kami bukanlah terletak di tempat yang kami harapkan Redhakanlah hati kami supaya kami tidak kecewa di kemudian hari.
YA RAHMAN, Engkau lebih mengetahui segala sesuatu dari apa yg kami tidak ketahui Apa yang telah engkau tetapkan utk kami Adalah yang terbaik bagi kami Kami hanya memohon agar engkau berikan kekuatan dan ketabahan pada diri kami setelah keputusan dikeluarkan Hanya pada engkau kami memohon Hanya kepada engkau kami meminta
Neh ana nk kasi tau sket ( trademark blog shima ), knpe ana brenti kerja kt farmasi tu..antara sbb utamanya,ianya adalh sykt cine dimana cine2 itu terlalu memandang rendah terhadap melayu
(eeuurkkss..)..apedehal??..tp trus terang ana katakn, x buleh jgk nk salahkn kaum2 ni memandang rendah terhadap melayu islam kita..kerana org kita sndr yg merendah2kan martabat dan agama kita sndr.
Mne tak nye.?
Ni ana nk cte pengalaman 1st day keje kt farmasi tu. Kt situ, ada sorg bos tertinggi, cine. Then ada 2 org pembantu iaitu doktor kt farmasi tu. Sorg melayu dan sorg lagi cina. Kemudian, ada 4 org bawahan @ kuli2 mereka iaitu sudah semestinya org melayu ( include ana, but juz for a 1 day). Tp mse 1st day ana keje tu juz ada 2 org je promoternye, termasuk ana, 3 org. Sorg namanya Kak ina dan sorg lagi makcik.
Then tgh bosan2 tu, ktorg duk la kt kaunter menunggu costumer masuk. Ttbe mereka menanyakan soalan kpd ana.
12.30 tgh hari
Kak ina : eh, awk..mse interview hari tu ada tak bos ckp jgn bwk beg besar?
Ana: Ada kak, tp arini sya bwk beg sbb saya isi telekung.
Kak ina : Telekung ? ouh, yg untuk org sembahyang tu ek? Ouh, yela..( senyum )
Aku terkedu. Bingung sekejap.
Ana: Kak, saya nk tnye, solat nti kt mne eh? Stor ke atau surau yg berdekatan? Ada
surau ke kt sini? ( sambil memandang ke arah kak ina )
Kak ina : ( menggelabah ) aaa...(berfikir lama )..
Awak nti ikutmakcik la..dia yg tahu..TERUS TERANG AKAK CAKAP,
AKAK X SEMBAHYANG. ( cakap dgn slumbernye )
Ana diam**
**Astagfirullahalazim, ckp tanpa rasa serba salah langsung ! bangga ke ?**
( dlm hati )
Makcik : nti awak ikut mkcik. Ada surau kt hujung sana.
Ana: okey..
Makcik : Mse interview awak ada tanya bos x samada dia benarkan kita solat atau tidak??
Ana: Tak da pulak saya tanya kak..
** Kenapa pulak aku nk tnye kt bos ?? bukan ke itu hak kita ?** ( dlm hati )
Makcik : haa..kalau awak nk tahu, mse kami interview keje dulu, bos mmg dh awal2 ckp
tak boleh sembahyang..!
** haaa??? Tp akak terima pulak kerja ni ??** (dlm hati)
Ana : laa..yeke..??( muka susah hati ). Habis, mcm mana saya nk solat ni kak??
Makcik : kt sini rehat 40 minit je. Tp bergantung la pd awk nk rehat bila. Akak
cadangkan awak rehat beberapa minit sebelum msuk waktu asar, nti awk dapat
solat zohor then ble msuk asar trus solat.
Ana : Habis, waktu maghrib nti mcm mana? Kan kita kerja sampai pukul 9 mlm setiap
hari..?
Makcik : tak dapat la solat. Makcik pun kdg2 tinggal maghrib. Yela, nak buat mcm mana,
kita ni kerja..
Ana : oooooooooooooooooooooooooooooooooooohhhhh…! Mcm tu kah? ( perli )
Setengah jam kemudian.
Ana : Kak, takpe lah! Nti saya jmpe bos tnye pasal solat. Kalo dia x bg, sy brenti je la..
** rezeki aku bukan cina tu yg tentukan!**(dlm hati)
Makcik : Kalau awak sanggup ambil risiko, pg la tnye .!
Ana: Sanggup je! Knape x sanggup pulak ?
Makcik : (senyum)
Kak ina : Kalau awak tak payah tanye bos pasal solat tu x boleh? Bukan ape, bos tu lain macam sket. Awak pg je la solat.
Ana : Laa..baik saya pg tnye. Meja bos tu dh la dpn stor tempat saya nk solat tu. Nanti dia
curiga pulak ape saya buat kt stor tu. Nanti dia tuduh saya curi barang pulak !
Kak Ina : Kalau awak solat zohor dgn asar je x boleh? X payah la solat maghrib tu.
( slumber )
Ana : eh, akak ni…lawak lah! ( ketawa pelik )
Kak ina masih memandang menunggu jawapan dari ana.
Ana : Mesti lah x boleh!
Kak ina : Oooo..kalau mcm tu, ikut suka awak la.
**Ya ALLAH, apa nak jadi la kakak ni? Lagi nak menghasut aku jgn solat!**(dlm hati )
Ana x sempat nk jmpe bos sbb bos x dtg hari tu. Keesokkan harinya ana berhenti kerja.
Dapat tak anda lihat islam kita sekarang ? Patut atau tidak islam kita dipandang rendah? Salah siapa? Semata2 kerana duit, sanggup mereka menggadaikan maruah, agama, pendirian mereka? Sedar atau tidak rezeki yg cina itu beri pada mereka itu datangnya juga dari ALLAH swt..!Nyawa dan kekuatan untuk mereka meneruskan kerja itu datangnya dari ALLAH swt..!Kenapa? kenapa mereka sanggup tunduk kepada cina itu????
Tapi, salah ana juga kenapa ana tidak sanggup bertahan menunggu bos tu dtg lagi 3 hari?Ana nak tunjukkan pada mereka yg ana sanggup memilih agama dari kerja. Tapi, entah!! Salah ana juga..tidak sanggup berkorban..Tetapi itulah pengalaman ana selama sehari ana bekerja sebagai promoter di kedai cina yang ana nk ceritakan.
Cubalah anda lihat2 diri anda dan sekeliling anda. Adakah anda mengamalkan cara hidup islam??bg yg tidak mengamalkan tetapi tanpa malu dan segan silunya anda mengaku bahawa anda islam! Hati ana ni jadi geram bila melihat anak2 islam yang sepatutnya berjihad ke jalan ALLAH swt membiarkan diri berjihad utk keseronokan kwn2, berjihad sbb teman wanita atau teman lelaki apb dirampas, berjihad kerana kerja, berjihad kerana wang… dunia oh dunia…
Bg wanita yg tidak menutup aurat ,seksi, bangga dgn title “I am a good kisser” with bf, enjoy wit nite club, bla bla bla..”Eh, I ni org islam la..nmpk je seksi cmni…” “Suka hati I la nk wat pe pun..kubur masing2!” “ sekurang2nya I beragama islam walaupun I x bpe nk mengamalkan cara hidup islam”….mcm mana tu??Jd, apa erti islam dlm hidup anda??hanya sebagai title dlm Kad pengenalan or wat?? Subhanallah…sedih ana mendgr keluhan spt tu..btpa jahilnya diri mereka..leka..lalai dgn keseronokan dunia..Agak2nye la, bahagiakah mereka dgn hidup mereka?? Mungkin…tp smpi bila??smpi ke tua nk layankan nite club tu??smpi bdn dh mmbongkok, muka dh kedut2, kaki dh x larat nk jalan masih nk melayan aktiviti sebegitu?? “Alah, bila dh tua nti, aku xda la pg tmpt2 cmtu. Nti pndi la aku solat..” Kalau anda panjang umur. Mahunye kalau tgh syok enjoy, ALLAH swt menarik nyawa..tak ke naya??haa..jawab la anda dgn DIA, pemilik nyawa anda..hurm..(sad mode)... “ I tak terbuka hati lagi nk pakai tutup2 aurat ni..nantilah, ble ALLAH swt bg hidayah, I pakai la ..”( speak with a proud face )..wah, senangnya ckp…seolah2 kita hidup ni diberi pilihan utk meninggalkan yang wajib pula..nama pun WAJIB, mahu atau tidak, kita mesti buat!! Jangan terlalu memandang remeh soal WAJIB.Jika yang wajib pun ditinggalkan, apatah lagi yg sunat??mgknlah, yg sunat msh diamalkan... “nah makan buah kurma ni..sunnah rasul.” Tp solat ditinggalkan..mcm mana?
Haaiiii..kalau soal hidayah pula. Mereka kata, “ouh, ALLAH swt x bgi aku hidayah lagi!”..mcm mana ALLAH swt nk bg hidayah jika kita x berusaha mendptkannya??..Hidayah ni seumpama cahaya yang akan menyinari ke dlm bilik kita. Kalau kita tak berusaha pergi ke tingkap untuk membukanya, mcm mana cahaya nk masuk ke bilik kita??..semuanya bergantung kpd usaha sndr..tiada alasan “tidak mendapat hidayah lg”..
Satu je persoalan dlm setiap diri kita..
“ Apa yg anda perjuangkan dlm hidup anda?? Dunia atau akhirat??Jika akhirat, insyaALLAH anda akan mendpt kebahagiaan dunia dan akhirat. Jika dunia, nah…ALLAH swt akan mmberikan anda keseronokan di dunia hingga anda lalai dan leka mengejarnya..! nau’zubillah min zaliq..
Dlm 2 3 hari ni Penat ana merayau2 Mencari keje.. Namun, masih x berhasil Fuh... Ana mcm x psti la Smada ana yg terlalu memilih Atau Masih xde rezeki.. Tu la, dulu byk keje offer ana tolak Sekarang, Haa..hambik !! Hehe… Tp xpela.. “Keep trying zakiah... Allah swt sntiasa bersamamu.. Terus berusaha.. Jgn mudah putus asa..!” Sambil2 tu, Ana cuba kotakan hasrat ana Sblm habis blaja aritu Utk wat bisnes.. Ana cuba.. Utk buat bisnes smbilan.. Tp ana x bole Harapkan pada bisnes tu. Ana still kene cari keje!!! Konvo dh dekat.. klu Konvo free xpe.. Uwaaa… Tensionnye.. Isk..isk..isk..sob..
P/s : Ya ALLAH, engkau murahkanlah rezekiku..permudahkan segala2nya.. Semoga engkau memperkenankan doaku ini. Aku berserah segalanya kepadaMu Hanya kepada engkau aku meminta
Geram..geram..geramnyee!!
Knape la hati ana ni sakit je
Ble berborak dgn dia??
Walaupun sakit, tp ana tahan je..
Dulu mse bru knl2
Leh gelak2 ag walaupun hati sakit
Tp skarang,
mulut ana ni
pakai lepas je ..
Hati sakit,
ayat pun pedas.
Then, ble masing2
X nk kalah
Si dia akan
Ckp
*Suka hati ko la*
Ble dia ckp cmtu,
hati ana jd sedih
Susah sgt ke
Utk menjaga dan mengambil hati sahabat?
Persoalannye..
Knpe ana masih bertahan dan nk berkwn dgn dia??? Walaupun ana thu
Dia tidak mempunyai
Ciri2 yang dikehendaki.
Semalam, Ana pg interview kt UKM Erm… x thu nk ckp, ttbe smlm dmm panas pulak..!
hurm..
Ujian dr ALLAH swt..
Namun, ana gagahkan jgk
diri ni msuk bilik interview
Tp, ana x yakin
Biarpun ana jwb,
Tp bg ana jwpn yg
Ana bg x begitu memuaskan..
Juri 4 org pulak tu..
Huhu.. Tp entah,
Mgkn disebabkn demam
Ana jwb je
xde takut2
or nerbes2..
Apalah agaknye hikmah
Yg ALLAH swt
Bg pd ana ni agaknye ye??
Moganya yg terbaik..
InsyaALLAH
( berharap jgk sebenarnye )
Ana ada menyediakan perkhidmatan menaip bg mereka yg malas atau lambat menaip. Disebabkan ana mempunyai skill menaip dan ana suka menaip, jd bg tidak membuang masa disamping ingin menambahkan pendapatan ana, maka terciptalah perkhidmatan ini.
Ana ingin mengalu-alukan kepada semua yang ingin mendapatkan perkhidmatan menaip surat yang berkualiti, anda bolehlah berhubung dengan email ana, umpunkgurlz89@gmail.comkerana insya-ALLAH ana akan sedaya-upaya menyiapkan kerja anda dengan pantas dan berkualiti.
Antara perkhidmatannya ialah Menerima perkhidmatan menaip untuk sebarang kertas kerja, tender, perjanjian, artikel, surat, borang & lain-lain dokumen.
Harganya yang ditawarkannya juga sangat berpatutan iaitu pada kadar RM0.80/Helai (1 hingga 20 Helai) dan RM0.50/Helai (20 Helai keatas).
Kaedah penghantaran pula ialah dengan menggunakan emel. Jadi apa tunggu lagi?? Dijamin berkualiti tinggi dan pasti memenuhi kehendak anda. Cuba dahulu, baru tahu!
Pada suatu masa yg lalu, ana tidak mengerti dan mengenali Al-Mathurat apatah lagi kelebihan dan keutamaannya. Kemudian pada suatu hari, ana menghadiri suatu program yang dianjurkan oleh pelajar2 UIA iaitu DAURAH. Disitu, ana mula mengenali Al-Mathurat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat ana, Siti Rohani yg telah mengajak ana menghadiri majlis yg sgt bermanfaat tersebut dan pelajar2 UIA yg telah menganjurkan program tersebut.
Al- Ma'thurat, yang dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...
Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.
Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
* Zikir-zikir yang terkandung di dalam Al-Mathurat ini sangat sesuai di amalkan oleh setiap muslim sepanjang waktu. Namun biasanya dibaca sesudah solat Subuh dan solat Asar.
(Semoga kita sma2 mengamalkan Al-mathurat pada setiap hari )
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hari ini.. Akhirnya ana dpt jgk Mengubah wajah baru blog ana dgn usaha sndr.. Hehe..(bangga) Brulah terasa puas Nmpk hasilnye.. SYukur2..!