Sunday, June 28, 2009

Taman Buaya, Sandakan





Ini adalah pintu masuk Taman Buaya, Sandakan...mule2 ana masuk, mcm xde apape..tp ble dh msuk ke dlm...subhanalllah...besar & menarik gk tempat dia..satu kepala dicas RM5 seorang...tidak ketinggalan juga, ana ada mmbelikan cenderahati buat sahbat2 ana..sahabat2, korg sume jgn riso ye..ana dh sediakan cenderahati buat korg sume berupe seekor buaya utk setiap org..amcm?best x??ana tau korg sume suke..hikhikhkhik(^_^)



buaya vs buaya darat


Ciri-ciri buaya:

1. Ganas

2. Kulit keras

3. Makan daging

4. Haram dimakan

5. Liar

6. Sukar dijinakkan

7. Hidup pada 2 alam

8. Busuk

Ciri-ciri "buaya darat" :

1. Sopan di hadapan wanita "only"

2. Kulit lembut supaya mudah didekati

3. Makan perempuan

4. Haram didekati

5. "LIAR" dlm bahasa melayunye, "PENIPU"

6. Spontan menjinak apb. ternampak wanita cantik

7. Hidup pada 2 alam ( sentiasa berpura-pura baik dihadapan perempuan "only")

8. Wangi

p/s: Buat mereka yg merasakan diri anda wanita, berjaga-jagalah apb. memilih pasangan kerana buaya darat ini tidak mengenal mangsa asalkan mereka puas dengan nafsu syaitan mereka.wassalam(^_^)

Saturday, June 27, 2009

buat wanita..

Assalamualaikum warahmatullahitaalawabarakatuh..
Bacalah artikel ini wahai kaum hawa..semoga ilmu yg disebarkan ini dimanfaatkan..insyaALLAH..

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

“Saya bersama Faimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada baginda, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab,”Pada malam aku di Irak dan dimikrajkan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan. Maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda:

Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang mendidih dari neraka dituangkan ke dalam kerongkongnya.

Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ulardan kala jengking.

Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

Wanita yang bermuka hitam dan memakan usus perutnya sendiri.

Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut)dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.” Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Fatimah, ada pun tentang:

Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (tidak bertudung) di hadapan lelaki.

Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian Nabi SAW bersabda:

“Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melaluikata-katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya di belakang lehernya.”

Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh dan nifas.

Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suku membicarakan keaiban orang.

Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal)dikalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihatperhiasannya.

Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking keranadia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu domba(melaga-lagakan orang) serta berdusta.

Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Tuesday, June 23, 2009

TINTA BUAT BAKAL SUAMIKU

Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu

*diambil daripada sepaku.net

Monday, June 22, 2009

"MeMORIaL PaRk" of Sandakan

Ini "siblings" ana...yang hujung dari kiri yang sulung sudah mmpnyai 2 orng anak. Then yang kawen kedua, hujung dari kanan yang ketiga dan yang terakhir ana..yg duduk kt bawah tu, siti abidah dari sabah..ana pg sabah ikut dia la...dia kre dh mcm family angkat ana dah..ble cuti sem dia blek umah ana..dia, roomate ana sem 1 dan 2..sem dpn xthu lgi..hehhe..insyaALLAH..
salam..
sehingga arini, xda cite yang best yg ana nk citekan..
ats sbb2 tertentu yg x dapat dielakkan..
hehehe....

Monday, June 15, 2009

fly to Sandakan, Sabah

assalamualaikum...em..esok ana nk bertolak ke sandakan, sabah. Flight pukul 515 ptg..err...takut la plak...dh le x penah nek kapal terbang..woooooo...tatut...heheh..doakan ana selamat pergi dan pulang ye...td bru lepas interview..pengalaman interview LI??em..td lec tu tnye ape pengalaman je..pastu, dia akan uji serba sedikit ilmu kte di dlm kos yg kte amek la..soalan dia boleh thn la..jd korg yg lum interview tu, siap sedia la ye..inyaALLAH, klu korg sume mmg byk keje mse praktikal mmg untung la..mcm ana x byk sgt..so, kne pndi2 la jawab sume..em..itu je la yang ana nk ckp..nti mse ana kt sabah, ana akan cite kt korg sume eh ape pengalaman pertama kali ana ke sana ye..heheh..wassalam

Monday, June 8, 2009

PA kesayang kami...PUAN HAFIZAH


Salam, yg pakai tudung pink duduk tengah2 tulah PA kami..DSK B kemasukkan JAN 2008..dialah PA yg paling sporting penah ana jumpa...baik, caring, dan yang paling penting x pernah putus asa mendidik dan menjaga kami..kdg2 tu ana sedih juga bile ada rakan kelas yg buat hal..tau2 je la bdk dsk ni...pumpuan sume...dh tu, bkn sume baik2..ada yg nakal2 tu ada sje yg nk buat hal...yg nk kawen la, yg nk berhenti blaja la, yg xnk buat assignment la..aduh...kalau ana berada ditempat PUAN HAFIZA dh lme ana letih agaknye..ana doakan moga2 PUAN HAFIZA dirahmati ALLAH swt slalu dan dimurahkan rezeki. Moga ALLAH swt mmbalas yg berlipat ganda kpd kehidupannya di dunia dn diakhirat, insyaALLAH swt..KAMI XNK PA LAIN..KAMI SAYANG PD PA KAMI!!pesanan buat puan hafiza: ana harap puan x penah putus asa mendidik dan menjaga kami..itu yg kami harapkan..walaupun kami nakal2, tp kami x pernah lupa jasa puan yg sentiasa menyokong kami dan mmpercayai kami semua..

FIDEC







Ini ana di FIDEC..time tu bdk prktikal sume mmbuat lawatan..ana dh critekan sblm ni yg ana pergi Fidec dan Wisdec kn?haa..inilah gmbr2 ana time wat lawatan tuh..hehe..

Sunday, June 7, 2009

sedih..

salam..arini, hati ana sedih..sedih dgn apa yang berlaku pd sahabat2 ana..yg dulu ana respect, yg dulu harapkan, len yang jadi..dr yg baik, semuanya terbalik..ana terfikir2, knape??ana x faham...mne peginye pendirian kamu semua, wahai sahabat?ana jd sedih dan takut. ana takut ana juga x kuat spt mereka.(Ku mohon agar ku dikuatkan iman, ditingkatkan takwa dan jgnlah apa yg kutakutkan terjadi kpd diri ana ini)..byk kwn2 ana yg ckp ana ni anti lelaki..sbnrnye, mereka semua salah faham.ana x penah anti lelaki, cume ana lebih berjaga2. Ana takut, disebabkan rasa cinta dan sayang yang terbina atas nafsu itu membuatkan ana lupe sgla2nya..ini semua berdasarkan pengalaman di sekeliling ana.Dari yang baik tidak melibatkan diri dgn zina, bila sudah "bercouple", mereka lupa segala2nya. Lupakan kawan, ana x ksh, tp jgnlah lupa YG MAHA KUASA yang mengujinya dgn nikmat itu. Ana lebih "prefer" bercinta slps berkahwin. Jika mujahid yang dinanti2 mengharapkan ana, ana hanya memintanya bersedia utk mengikat hubungan kami kepada sebuah ikatan yg suci. Jika tidak bersedia lagi, mintalah ana menunggunya tanpa melakukan sebarang zina yg selalunya tanpa kita sedari. InsyaALLAH, Ana akan menunggu dgn setia tanpa memberi pengharapan dan kasih sayang. Ramai yang bercakap, "tak salah couple, asalkan x berbuat apa2". Tapi diorg sedar tak??apa niatnya bercouple?atas dasar ingin lebih mengenali?atas dasar ingin mengenali dgn lbh dekat itulah yang akn menyebabkan mereka tersasar dr niat utama lalu timbullah rasa sayang. Apb timbul rasa syg itu lah yg akan menyebabkan mereka lupa segala2nya."Katanya, aku syg dia atas dasar agamanya, imannya".btul ke? tp masih duduk berdating, tgk wayang bersama, dan mcm2 lagi aktiviti yang dilakukan bersama walaupun mereka tidak keluar berdua. Biarpun x keluar berdua, tp makin hari makin rindu utk selalu berjumpa. Bila hati hanyut dek rindu, maka solat pun jd x khusyuk kerana asyik teringatkan si dia. Jadi adakah hati itu masih spt biasa spt sebelum bercouple yang asyik mengingati ALLAH swt??Beginilah, jika mereka yang inginkan kasih sayang dari seorg wanita @ lelaki, make sure mereka itu dh btul2 bersedia. Dh cukup segala2nya. Ana bersetuju bile bercouple ini diharamkan krn banyak keburukan dari kebaikannya. tp bagi ana juga, bercouple boleh, tp biar kne dgn caranya. Sesetengah org tu, bile dh couple heboh bgtau seluruh kmpung!katanya, biar diberitahu semua agar org len tidak kacau hubungan mereka kerana mereka sudah berpunya (tp x sah lagi pun!). Sedangkan bertunang pun tidak galak diheboh2kan. btul x? sbb khuatir jodoh tidak kesampaian sebelum ke jinjang pelamin. Bertunang bukanlah ikatan yang sah apatah lagi bercouple yang mahu diheboh2kan. Berhati2 lah.. Elakkan fitnah, elakkan zina.(peringatan utk diriku dan para sahabatku). Ana doa agar ana dan sahabat2 dikurniakan putera mujahid. Bagi ana pula, Ana sedar ana bukanlah sempurna, tidak layak mendapat yang terbaik tp biarlah pasangan itu terbaik dari segi agamanya supaya dapat dibimbing ana yang masih banyak kurangnya ilmu ALLAH swt itu. Jika ana mendapat putera yang ilmunya kurang spt ana juga, ana x ksh asalkan pasangan ana itu berusaha menjadi yang terbaik dalam mencari ilmu ALLAH swt itu agar kami bahagia bersama mencari ilmu dan berjuang kejalan ALLAH swt hingga kami bertemumu YA ALLAH..Biarlah cinta dan kasih sayang itu terjalin dari ikatan yang sah dan ianya adalah kerana cinta dan kasihnya kepada ALLAH swt.InsyaALLAH(^_^)

Friday, June 5, 2009

terima kasih teman..(^_^)

Firstly, ana nk ucapkn ribuan trima kasih kepada "beliau" yg telah menolong ana meng"cantikkan"blog ana ni..terharu beb..heheh...sbb ana ni bknlah pakar sgt dlm mengedit2 blog ni..atas bantuan "beliau" yg baik hati, maka lbh "menarik" lah blog ana ni..bru semangat nk create post dn pembaca pun smngat sket nk bce..hoho...hrp, "beliau" x jemu meng"edit"blog ni..thanks "beliau"!syukran..jasamu sentiasa dikenang..moga ALLAH swt membalas budi "beliau" berlipat ganda..insyaALLAH(^_^)

Wednesday, June 3, 2009

Doa sesudah solat

Dgn nama ALLAH, tuhan Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji tertentu bg ALLAH, Tuhan yang mentadbir seluruh alam Puji-pujian bagi ALLAH yang melimpah nikmatNya dan memberi penambahanNya. Wahai tuhan kami bagiMu segala pujian sebagaimana yang sesuai dgn kebesaran zatMu, dan kehebatan kekuasaanMu.

Ya ALLAH cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad hambaNya dan PesuruhNya, Nabi yang ummi, dan ke atas keluarganya serta sahabat2nya. Ya ALLAH, aku memohon dariMu kebajikan yg segera dan yang akan datang yang Engaku ketahui dan aku tidak ketahui. Aku memohon dariMu syurga dan apa saja yg boleh aku menghampiri kpdNya dari percakapan, perbuatan, gerak hati dan keyakinan dan aku melindung dgn Engkau dari azab neraka.

Aku memohon kebajikan sebagaimana yg dipohon oleh hambaMu dan PesuruhMu, Nabi Muhammad s.a.w. Ya Allah, apa yg engkau tentukan atasku sesuatu perkara, jadikanlah kesudahannya petunjuk wahai tuhan yang hidup, wahai tuhan yang berdiri dgn sndiri, wahai tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia.

Tiada tuhan yang lain melainkan Engkau, dgn kemurahan rahmatMu, aku memohon pertolongan dan dari azabMu aku minta dijauhkan; dan Engkau perbaikkan or2 salih. Maha Suci tuhan; Engkau Tuhan yg Maha Mulia mengikut yg mereka sifatkan; dan selamat sejahteralah ke atas Rasul2; dan segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan pentadbir seluruh alam.

tempat praktikal


Inilah tempat praktikal ana...LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)..mse ni ana bru lepas kendalikan taklimat rangsangan ekonomi ke-2..biar ana jelaskn rangsangan ekonomi ni ye..rangsangan ekonomi ni,adalah sebuah dana yg akan diberikan oleh kerajaan kpd pengusaha2 perkayuan. Stiap sykt akan mendpt rm 50 ribu...fuyoo...ana dgr pun..ana rse dh ckup byk dh..tp yg ana peliknye, pengusaha2 tu msh x puas hati knpe dorg diberi hnya 50 ribu sdgkan kerajaan peruntukkan sebyk 5 juta kpd seluruh pengusaha ni..sbnrnye dorg wat cmni sbb dorg nk bg sume pengusaha dpt dana sama rata..kan lbih adil..tul x??mgkinlah dana tu sikit bg sykt perkayuan yg perniagaannya dah besar dan maju, tp dana tu dianggap byk bg sykt perkayuan yg baru nk membangun..lgpun, sykt perkayuan yg dh maju tu bknkah dh boleh berdiri ats kaki sndr tnpa bantuan kerajaan??kesimpulannya pengusaha bumiputera terlalulah manje dgn kelebihan yg ada..tgk cm org cina, india..dorg leh berjaya berniaga tanpa mendpt bntuan kerajaan pun..knpe pengusaha bumiputera x mampu berjaya tnpa bntuan kerajaan?dh tu, ble diadakan taklimat mengenai rangsangan ekonomi ni, rmi yg xleh dtg..bermcm alasan yg diberikan.nk pg taklimat mls, nk duit CEPAT je!nk duit tp x ikut prosedur!geram je ana tgk pengusaha kayu bumiputera ni..cmne la nk majukan org islam klu cmnilah gayanye dorg berniaga??alamat x berjayalah perniagaan dorg klu diri sndr x berusaha...

Lagu Wanita (Nasyid PSIS)

Wanita indah pekerti
Sopan dan santun manis mengatur langkah
Lemah lembut keperibadian
Akhlak terpuji menghiasi diri
Biarpun wanita terdedah dgn dosa
Namun wanita mudah ke syurga
Itulah janji yg maha Esa
Utk wanita yg tabah dan sabar
Wanita
Sayap kiri lelaki
Wanita
Penyejuk mata dan hati
Wanita
Pendidik berhati murni
Wanita indah pekerti
Jiwa mendidik ikhlas dihati
Teman anak-anak mesra dan manja
Setia membentuk generasi madani
Ibu mithali insan berpekerti

Riya' dr Kuliah ustaz Zamihan

Keratan ini sy ambil dari salah seorg student UM mengenai riya' "Kuliah Ustaz Zamihan". Diucapkan syabas kpdnya.

Riya' spt yang kita sedia maklum melakukan sesuatu amal perbuatan tidak untuk mencari keredhaan ALLAH akan tetapi untuk mencari pujian atau kemasyhuran di masyarakat. Amal perbuatan yang di lakukan kerana riya' menjadi sia-sia, tidak ada manfaat dan kebaikan bagi dirinya kecuali kebanggaan semu yang di dapat dari org-org yang berinya.

Riya' yang paling besar ialah riya' org munafik yang menunjukkan keimanannya tetapi menyembunyikan di dalam hatinya kekufuran. Di zaman Nabi sendiri sudah terlampau banyak golongan spt ini. Di hadapan Nabi dan para sahabat, ditunjukkan keimanan mereka, ibadah mereka, sokongan mereka, tetapi di hati mereka tetap kufur. Bahkan dikatan riya' spt ini lbh berat daripada org yang syirik nyata. Yg pasti golongan spt ini mmg tidak lari dr pengetahuan baginda S.A.W sehinggakan satu peristiwa masjid yang dibina oleh org-org munafiq, diperintahkan utk membakar masjid itu krn Nabi S.A.W tahu masjid itu bukan dibina atas dasar keimanan dan ketaqwaan kpd ALLAH bahkan semata-mata utk memecahbelahkan umat islam.(Hmm..rasanya ada masjid cmtu di negara kita. Fikir2knlah.)

Riya' yang kedua ialah riya' pada ibadah yang fardhu. Sebagai conotho ibadah solat fardhu. Dihadapan org elok saja solatnya, control saja toma'ninahnya, tartil sahaja bacaannya. Tetapi bila dia keseorgan, dilambatkan solar fardhu itu dikerjakan bahkan mungkin tidak dilaksanakan langsung. Dan jika solat pun, solat bagaikan ayam patuk beras @ itik sudu cak..begitu pantas. Sahla org itu mmg riya' pada ibadah fardhunya.

Riya' yang ketiga yg lebih kecil dari yang pertama dan kedua (tapi yang pastinya riya' mmg besar dosanya) ialah riya' pada ibadah yang sunat. Dikerjakan bermcm2 perkara2 sunat bila bersama dgn org ramai tetapi spt biasa bila keseorgan sunat rawatib entah kemana, quran entah kemana, zikir entah kemana.

Golongan2 yg riya' ini, di akhirat nnti ALLAH akn memanggil mereka dgn kata2 yang kesat. (Penulis terjemahkan) Hei org yang riya', hei org yang jahat, hei org yang sesat, hei org yang...(x ingat plak satu lagi. tp ada 4 panggilan lah). Lantas ALLAH menyuruh mereka 'mintalah pahala drpd org yg buat keranaNYA. Ini adalah sindiran ALLAH di atas tindakan golongan yg riya' yg melaksanakan sesuatu bkn kerana ALLAH tetapi krn makhluk semata-mata. Sudah pasti tidak akan mampu mereka daptkan pahala drpd selain ALLAH.

Cara utk mengubat riya' hanya dgn kita menghapuskan sbb musabab kita mempnyai perasaan riya' itu. Senang sja. Selidik sbb apa hadir perasaan riya' itu dihati kita seterusnya hapuskan sbb musabab itu. Sebb musabab itu terdiri drpd 3 perkara:
  1. Harapkan pujian
  2. Takutkan celaan
  3. Tamak haloba

Harapkan pujian

Kemungkinan riya' yang hadir di hati kita ini disbbkan kita mengharapkn pujian drpd manusia. Ktia solat dgn cara yg caik semata-mata nk tunjuk baik di hadapan mertua kita. Kita dtg awal kerja semata-mata nk bodek bos kita. Kita berbuat kebajikan semata-mata ingin masyarakat mengangkat kita.

Cuba kita fikir, apalah sgt yg kita dapat hasil drpd pujian manusia? Tidak memberi manfaat langsung kpd kita. Al-Fadhil Ustaz memberi contoh apabila pasukan Barca menewaskan MU. Seluruh duni memuji pasukan Barca krn berjaya mendapat kejuaraan, main dengan baik dan sebagainya. Dgn pujian manusia itu, sebenarnya adanya celaan yg besar drpd ALLAH krn mereka kufur kpd ALLAH.

Secara selingan, Al-Fadhil Ustaz juga menegur masyarakt yg menggilai kedua2 pasukan tersebut. Sanggup ber'qiamullail' semata-mata ingin menonton pasukan yang satunya membawa tanda salib dan satunya membawa tanda iblis laknatullah!!! Begitulah jahilnya umat Islam pada hari ini. Sehinggakan ada yang memakai jersi bola yang padanya ada lambang salib, iblis, jenama arak dan kemudiannya sujud kpd ALLAH!!! Sungguh jahil sekali umat Islam hari ini!!

Berbalik kpd point tadi, apalah diharapkan pujian manusia yg sementara yg tidak memberi manfaat dan makna apa-apa pada diri kita. Lebih baik kita mendambakan pujian dari ALLAH yg hakiki yg memberi manfaat pada kita dunia dan akhirat.

Takut celaan

Adapun yg kedua kemungkinan ada yg takut dicela org "kenapa kamu tidak solat sunat, tak puasa sunat dan sebagainya", sehingga timbul di hati org tersebut sebelum org tegur@ cela aku, baik aku buat benda2 itu. Org ni juga boleh dikategorikan di dalam riya'.

Spt juga harapkan pujian, celaan manusia sememangnya tidak akan mendtgkan mudarat kpd kita. Takutlah sgt kita pada celaan manusia drpd celaan, hinaan dan seksaan ALLAH yg maha dasyat. Kalau ada org ingin mencela kita biarkan saja. Sakit sgt ke hati kita tu kalau nk dibandingkan sakit azab neraka. Biarkan mereka mencela. Sekurang2nya dapat pahala free pd diri kita. Ucapkan alhamdulillah dan trima kasih pada si pencela dan doakan mereka mendpt hidaya dr ALLAH.

Tamak haloba

Point ini penulis tak brapa nk dapat plak apa yang Al-Fadhil Ustaz sampaikan .Mungkin sebb point last kot. Hehe. Tp antaranya kalau kita harapkan harta dunia, tak kemana kita. Bukannya milik kita yang hakiki pun .Segala2nya dtg dari ALLAH. Bila2 je dia boleh ambil balik.

Kesimpulannya, bermujahadah lah utk melawan riya' ni. InsyaALLAH kalau kita usahakan ikhlas hati kita, ALLAH akan campakkan perasaan ikhlas tu ke dalam hati kita. Bila wujud perasaan itu maka ALLAH suka, msyrkt di sekeliling kita pun suka. Tak perlu lah kita sebut aku ni ikhlas ni, engkau tu riya' sbb segala2 yg berkaitan dgn hati ni, ALLAH Yang Maha Tahu. Semak diri kita dulu sebelum nak check&balance org lain.

Wallahua'lam

We only just wayfarers. Live, prepare, die in a blink of eye.